fbpx

JPJ Datang Ke Rumah, Bapa Perjelas Kenapa Biarkan Anak Duduk Di Atas Bonet

Sejak bebarapa hari lalu, tular satu rakaman video dan gambar di media sosial memaparkan sebuah kereta dipandu dengan dua orang kanak-kanak ‘menunggang’ di bahagian belakang kereta berkenaan

Dalam kejadian yang berlaku di Johor, kanak-kanak tersebut dilihat berada dalam keadaan duduk dan meniarap di sekitar kawasan cermin belakang dan bonet kenderaan tersebut sekaligus membahayakan keselamatan mereka dan orang lain.

Bertindak atas aduan awam, sepasukan Unit Siasatan dan Risikan (USR) JPJ Negeri Johor telah ke lokasi aduan serta rumah suspek. Sebaik tiba di rumah suspek didapati kenderaan yang diadu iaitu JLE882 berada didalam rumah suspek. Pasukan USR telah memperkenalkan diri dan memaklumkan tujuan serta kes yang tular di media sosial.

Hasil temusiasat, didapati suspek yang merupakan Orang Kena Saman (OKS) telah mengaku pada waktu kejadian bertarikh 20/07/2019 jam 3.30 petang telah memandu kenderaannya di Jalan Persiaran Scientex Pasir Gudang dengan membawa 3 orang budak (2 situasi berbeza) duduk/bergayut di boot belakang kenderaan.

OKS mengaku video dan gambar yang tular dimedia sosial adalah beliau dan memaklumkan salah seorang dari budak tersebut merupakan anak beliau dan 2 orang lagi merupakan anak jiran/kawan beliau. Pada waktu kejadian juga OKS mengaku tidak mematuhi isyarat lampu merah di Jalan tersebut.

Dimaklumkan tujuan OKS berbuat demikian kerana memenuhi permintaan anaknya yang mahu melakukan demikian. Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut, didapati kenderaan itu merupakan yang Asal/Memuaskan.

Saman JPJ (P)22 telah dikeluarkan atas kesalahan :-

1) Cuai Semasa Memandu

2) Gagal Patuhi Isyarat Lampu Merah

dan diserahkan kepada OKS. Untuk makluman pasukan PDRM dari IPD Sri Alam juga turut hadir pada waktu di siasat.

Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku di dalam kalangan masyarakat. Pihak JPJ ingin menasihati dan mengingatkan mana-mana pemilik/pemandu kenderaan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan. Diharap kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.

Sumber : Jabatan Pengangkutan Jalanraya

Komen Anda?
Related Post
Plus Buka Stesen Penguatkuasa JPJ Di R&R

Lebuhraya Utara-Selatan di R&R Pagoh (Arah Selatan) Stesen Penguatkuasaan JPJ ketiga PLUS BUKA STESEN PENGUATKUASA Read more

JPJ Jalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kepada Orang Ramai

Secara umumnya, tanggungjawab sosial korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) bermaksud kewajipan pengurusan sesebuah organisasi Read more

Sebuah Mini Cooper Antara 87 Kenderaan Disita JPJ Untuk Lelongan

Melaka, 22 Julai 2019:: Hari ini sidang media Pengarah JPJ Melaka telah diadakan bagi pemakluman Read more

Khidmat Masyarakat JPJ, Bantu Orang Awam Terkandas

Tahniah diucapkan kepada anggota penguatkuasa Wanita dari JPJ Negeri Terengganu kerana membantu orang awam yang Read more