Jordi Amat Akan Sertai JDT

SESI PENYOKONG JDT BERSAMA DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, PEMANGKU RAJA

Jordi akan sertai JDT, Cools tunggu dulu

Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan akan mengikat Jordi Amat bagi menguatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam mengharungi kempen Liga Malaysia, musim ini.

Di petik dari laman Harian Metro, Tunku Ismail yang juga pemilik JDT berkata, Jordi akan beraksi bagi kuota Asean, namun perlu menunggu Republik Indonesia mengeluarkan pasport untuk dia mengikat pemain yang pernah menyertai kelab dari Sepanyol seperti Espanyol, Rayo Vallecano dan Real Betis selain kelab Liga Inggeris, Swansea.

“Jordi akan jadi sebahagian keluarga JDT dan jika semua proses mengenai pasportnya selesai, insya-Allah dia akan menyertai JDT dalam masa terdekat. Apa yang saya tahu ibunya berasal dari Makasar, Indonesia.

“Adalah satu kerugian jika Indonesia tidak mengambilnya untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan kerana dia pemain yang berpengalaman apabila beraksi lebih 100 perlawanan kompetitif di Eropah terutama di Sepanyol dan di England.

“Apapun kita tunggu sahaja proses berkenaan dan berharap dia akan menyertai JDT secepat mungkin,” kata Tunku Ismail pada majlis perjumpaan bersama penyokong JDT di bilik sidang media Stadium Sultan Ibrahim, hari ini.

Hadir sama, hadir Pengarah Sukan, Martin Priest dan Pengarah Teknikal, Alistair Edwards.

Tunku Ismail turut mengesahkan pemain baharu JDT, Daniel Ting sudah mengambil vaksin dan dia adalah pemain bebas ejen dan tidak timbul lagi seperti apa dicanangkan mengenai pemain itu yang pada awalnya enggan mengambil vaksin.

Tunku Ismail berkata, langkah mengambil Daniel adalah untuk memberi saingan di posisi bek kiri yang sekarang ini dikuasai Corbin Ong.

“Saya mahu posisi bek kiri ada saingan dan ketika ini Corbin beraksi di posisi berkenaan dan saya tidak mahu dia terlalu selesa.

“Malah jika berlaku sesuatu kepada Corbin sudah tentu ada pengganti yang mampu mengalas tugas di posisi bek kiri,” kata Tunku Ismail.

Tunku Ismail turut mengulas berhubung status pemain warisan, Dion Cools yang hanya mempunyai hubungan baik dengan JDT dan belum ada perancangan untuk mendapatkan pemain itu kerana dia masih ada kontrak dengan kelab diwakilinya.

“Jika kami mahu mendapatkan Dion menyertai JDT, kami perlu membayar pampasan dengan jumlah tinggi. 

“Jadi biar dia terus bermain bersama kelabnya dan kita tunggu sehingga tamat kontrak. Kita tunggu musim depan dia akan bersama JDT,” kata Tunku Ismail. Sumber : Harian Metro

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?