Jom Undi, Stadium Sultan Ibrahim Tercalon Anugerah Terbaik 2020

STADIUM SULTAN IBRAHIM DICALONKAN UNTUK ‘STADIUM OF THE YEAR’

Stadium Sultan Ibrahim yang serba canggih milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim adalah antara calon bagi anugerah ‘2020 Stadium of the Year’ dari laman Web Poland StadiumDB.com.

Stadium Sultan Ibrahim adalah stadium pertama di Malaysia yang dicalonkan dan merupakan antara 20 stadium di seluruh dunia yang tersenarai untuk edisi semasa.

Vote here: http://stadiumdb.com/competitions/stadium_of_the_year_2020

Hidup Johor Demi Johor

Stadium Sultan Ibrahim tercalon anugerah terbaik 2020

KUALA LUMPUR: Gelanggang rasmi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim tercalon pada Anugerah Stadium Terbaik 2020 anjuran sebuah laman sesawang berpengkalan di Poland.

Perkembangan itu dimaklumkan JDT dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers, hari ini.

“Stadium Sultan Ibrahim yang serba canggih milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim adalah antara calon bagi anugerah ‘2020 Stadium of the Year’ dari laman sesawang Poland StadiumDB.com. 

“Stadium Sultan Ibrahim adalah stadium pertama di Malaysia yang dicalonkan dan merupakan antara 20 stadium di seluruh dunia yang tersenarai untuk edisi semasa,” kata kelab itu.

Peminat boleh membuat undian di laman web rasmi stadiumdb.com dengan tempoh undian akan berakhir pada 7 Mac ini.

Sumber : Berita Harian

They’ve dominated 🇲🇾Malaysian football completely. Now @OfficialJohor have 4 stadiums and the latest one, Sultan Ibrahim Staidum, is quite something! #StadiumOfTheYear material?

🗳️ You can vote here: http://stadiumdb.com/soty
ℹ️ Stadium presentation: http://stadiumdb.com/stadiums/mas/sultan_ibrahim_stadium

Komen Anda?