Jom Undi Pemain JDT Kegemaran Anda Dalam “MFL’S Fan XI”

UNDI PEMAIN JDT KEGEMARAN ANDA DALAM ‘MFL’S FAN XI’

Beberapa pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim tercalon dalam senarai pemain-pemain terbaik mengikut kategori masing-masing dalam ‘Malaysian Football League FAN XI’.

Terdapat 10 kategori terbuka untuk pengundian awam. Antaranya termasuk Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik (Tempatan & Luar Negara), Pemain Tengah Terbaik (Tempatan & Luar Negara), Penyerang Terbaik (Tempatan & Luar Negara), Pemain Asia Terbaik, Jurulatih Terbaik dan Pemain Muda Harapan.

Pengundian berakhir pada 14 September 2019, oleh itu ayuh tunjukkan sokongan kepada pemain-pemain juara Liga Super Malaysia 2019 kita.

ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN (ABK) 2019 – ‘FAN XI’

‘FAN XI’

Peminat bolasepak tempatan berpeluang untuk menentukan ‘FAN XI’ atau kesebelasan pilihan penyokong pada musim ini..

Namakan kesemua pemain ‘FAN XI’ anda dan ianya akan diumumkan pada majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2019 nanti.

Ayuh! Undi pemain kesukaan anda sebelum 14 September (Sabtu) jam 11:59 malam.

50 pengundi yang bertuah akan dijemput khas untuk menyaksikan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019.

Undi di sini! https://www.surveymonkey.com/r/2019FANXI

Komen Anda?