Jom Undi!! JDT Terima Percalonan Kelab Terbaik Piala AFC Sepanjang Dekad

JDT TERIMA PENCALONAN KELAB TERBAIK PIALA AFC SEPANJANG DEKAD

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah dicalonkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk anugerah Kelab Terbaik Piala AFC Sepanjang Dekad bersama empat lagi bekas juara.

Harimau Selatan, pasukan yang menjuarai edisi 2015 sekaligus menyaksikan penampilan pertama yang cukup mengagumkan dalam pertandingan, adalah satu-satunya pasukan dari Asia Timur yang dicalonkan untuk anugerah tersebut. Empat pasukan lain yang turut dicalonkan adalah kelab-kelab dari Kuwait iaitu Kuwait SC, Qadsia SC, Al Ahed dari Lebanon dan Air Force Club dari Iraq.

JDT adalah satu-satunya pasukan dari Malaysia yang berjaya melangkah ke separuh akhir dan kelab Asia Tenggara yang pertama muncul pada perlawanan akhir, sekaligus berjaya memenangi trofi berprestij. Luaskan Kuasamu Johor.

Undi JDT di https://www.the-afc.com/competitions/afc-cup/latest/news/vote-for-your-afc-cup-club-of-the-decade

Hidup Johor Demi Johor

JDT calon kelab terbaik Piala AFC

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) terus gah di persada bola sepak Asia apabila dicalonkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk anugerah Kelab Terbaik Piala AFC Sepanjang Dekad bersama empat lagi bekas juara.

Hal ini bermakna, JDT dicalonkan bersama kelab terhebat lain di rantau Asia iaitu Kuwait SC (Kuwait), Qadsia SC, Al Ahed dari Lebanon dan Air Force Club dari Iraq.

Harimau Selatan, pasukan yang menjuarai edisi 2015 sekaligus menyaksikan penampilan pertama yang cukup mengagumkan dalam pertandingan, adalah satu-satunya pasukan dari Asia Timur yang dicalonkan untuk anugerah itu.

Empat pasukan lain yang turut dicalonkan adalah kelab-kelab dari Kuwait iaitu Kuwait SC, Qadsia SC, Al Ahed dari Lebanon dan Air Force Club dari Iraq.

Pencalonan kelab yang berpengkalan di selatan tanah air itu membuktikan pasukan bola sepak negara melangkah setapak lagi dengan sudah mencapai taraf membanggakan.

Mengikut rekod, JDT sudah merekodkan enam kali juara Liga Super dengan terbaharu berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang tempoh saingan liga 2019.

Selain itu, JDT adalah pasukan pertama dari Malaysia yang layak bertanding peringkat kumpulan ACL musim lalu dan skuad kendalian Benjamin Mora itu sekadar menamatkan kedudukan di tangga tercorot Kumpulan E dengan empat mata.

Komen Anda?