Jom Undi!!! Jaringan Safawi Rasid Tercalon Dalam Anugerah Gol Terbaik ACL 2019

JARINGAN SAFAWI RASID TERCALON DALAM ANUGERAH GOL TERBAIK ACL 2019, AYUH UNDI! JDT MENDONIAAAA!

Juara Liga Super musim 2019, Johor Darul Ta’zim kembali mendunia apabila jaringan yang dilakukan oleh salah seorang pemain bintang pasukan, Safawi Rasid ke gawang Shandong Luneng dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia 2019 telah disenarai pendek dalam 10 jaringan terbaik bagi anugerah AFC Champions League 2019 Best Goals.

Pencalonan gol Safawi ini disahkan sendiri oleh pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menerusi satu pengumuman di laman web serta laman media sosial rasmi badan itu hari ini. Safawi melakukan jaringan tersebut ketika JDT berkunjung ke Shandong pada perlawanan minggu ketiga peringkat kumpulan.

AFC telah memilih 10 gol terbaik yang telah dijaringkan sepanjang saingan ACL musim ini setelah kelab dari Arab Saudi, Al Hilal dinobat sebagai juara setelah menewaskan kelab Jepun, Urawa Reds Diamond dengan keputusan 3-0 secara agregat.

LINK UNDIAN : https://www.the-afc.com/competitions/afc-champions-league/latest/news/vote-for-your-best-goal-of-afc-champions-league-2019

Safawi dahului undian gol terbaik ACL
KUALA LUMPUR: Reputasi Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia (Liga M) 2019, Safawi Rasid terus melonjak apabila jaringannya bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) tersenarai dalam 10 jaringan terbaik Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Jaringan terbabit dilakukan pemain kebangsaan itu ketika skuad Harimau Selatan berkunjung ke Shandong untuk berdepan cabaran Shandong Luneng pada aksi ketiga, April lalu.

Ketinggalan 2-0 pada aksi terbabit, Safawi mendapat bola di sebelah sayap kanan dan berjaya melepasi kawalan pertahanan Shandong Luneng sebelum melepaskan rembatan yang gagal diselamatkan penjaga gol Shandong Luneng, Wang Dalei.

Namun, jaringan terbabit belum cukup untuk membantu pasukannya meraih kemenangan apabila kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Sebagai rekod, JDT melakukan penampilan sulung di pentas ACL pada musim 2019 yang menyaksikan mereka menamatkan saingan di tangga tercorot Kumpulan E namun berjaya melakukan kejutan apabila menumbangkan juara bertahan, Kashima Antlers 1-0 di laman sendiri.

JDT sekali lagi akan beraksi dalam saingan ACL musim depan selepas mengesahkan tiket ke peringkat kumpulan selaku juara Liga Super 2019.

Penyokong bola sepak tempatan boleh melakukan undian untuk gol Safawi di laman rasmi Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Selain Safawi, sembilan lagi pemain yang turut tersenarai adalah antaranya Islam Tukhtakhujaev (PFC Lokomotiv), Gonzalo Viera (Al Rayyan), Serginho (Kashima Antlers),

Shojae Khalilzadeh (Persepolis), Khojiakbar Alijonov (Pakhtakor), Kim Dae-won (Daegu FC), Romarinho (Al-Rayyan), Khalid Muneer (Al-Duhail) dan Fabricio (Urawa Red Diamonds).
Sumber : Berita Harian

Is this Safawi strike the best Goal of #ACL2019? ⚽️?

Facebook Comments