Johor Tetap Peneraju

Kepada semua pembenci kelab bolasepak JDT, tidak perlu berlaku hipokrit. Nyatakan lah kebenaran. Luahkah isi hati anda bahawa anda sebenarnya impikan apa yang kelab bolasepak JDT ada sekarang. Ubahlah sikap negatif tersebut. Jadilah seorang penyokong positif supaya bolasepak Malaysia lebih maju ke hadapan.

Kepada semua penyokong kelab-kelab Liga Malaysia yang lain, tidak salah untuk rasa cemburu. Kerana cemburu itu adalah perasaan yang normal untuk manusia. Desak pengurusan kelab anda untuk berubah. Ajak penyokong lain supaya bersatu hati untuk perubahan. Tidak salah untuk ikut apa yang kelab bolasepak JDT tunjukkan. Jemput hadir ke stadium bertaraf dunia ini satu hari nanti.

Photo By Farhan Khair

Dan kepada semua penyokong kelab bolasepak JDT,

Nikmati lah detik-detik manis nya kejayaan kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim ini.

Hargai lah stadium bertaraf dunia ini seperti mana ia menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Berbanggalah kepada semua bahawa negeri Johor akan sentiasa berada di hadapan, jauh meninggalkan semua pesaing.

Terus kan lah bercerita tentang kewujudan satu-satunya stadium bolasepak bertaraf dunia ini, hanya di negeri Johor Darul Ta’zim.

Yang paling penting, ucapkan lah terima kasih kepada satu-satunya pemilik JDT kesayangan kita semua. Kita tidak akan gapai semua ini tanpa kehadiran pemilik JDT tersebut.

“I am coming for everything they said i couldnt have” – DYAM TMJ, 2016

Ingat, JDT akan sentiasa tampil dengan kejutan.

Salam penuh kenangan dari tengah padang Zeon Zoysia, Stadium Sultan Ibrahim.

Junjung kasih DYAM Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja.

Sumber : Farhan Khair

 29 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?