Johor Kekalkan Solat Jumaat, Fardu 1/3 Kapasiti Masjid, Surau – Mematuhi Penjarakan Sosial

Johor kekalkan solat Jumaat, fardu 1/3 kapasiti masjid, surau [METROTV]

Johor Bahru: Johor mengekalkan kebenaran solat Jumaat dan solat jemaah fardu lima waktu serta aktiviti agama dijalankan mengikut satu pertiga kapasiti masjid dan surau di negeri ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, kebenaran itu bermula esok hingga 6 Disember ini.

Katanya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebagai Ketua Agama Negeri juga berkenan kanak-kanak berusia 10 tahun ke atas untuk menunaikan Solat Jumaat dan solat jemaah fardu lima waktu di masjid dan surau di negeri ini berkuat kuasa esok. 

“Keutamaan juga perlu diberikan kepada warga tempatan berbanding warga asing melainkan masjid atau surau di ladang yang majoriti kariahnya adalah pekerja warga asing. 

“Program mengimarahkan masjid dan surau termasuk bacaan Yassin dan tahlil juga masih dibenarkan dilaksanakan selepas solat Isyak

“Namun bagi majlis Maulidur Rasul, majlis selawat dan majlis ilmu termasuk kuliah takmir masjid dan surau hanya dibenarkan selepas solat Maghrib sahaja dalam tempoh tidak lebih satu jam dengan mengikut kapasiti 1/3 masjid atau surau dengan sebarang jamuan tidak dibenarkan dan hendaklah dibuat secara bungkusan,” katanya pada sidang media di Pusat Islam Iskandar di sini,hari ini. 

Yang turut hadir, Mufti Johor,Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Datuk Md Rofiki A Shamsudin.

Mengulas lanjut, Tosrin berkata bagaimanapun pelaksanaan program pengimarahan di masjid dan surau di zon merah iaitu Johor Bahru adalah tidak dibenarkan sama sekali. 

“Hanya solat Jumaat dan solat berjemaah fardu lima waktu di kawasan zon merah dibenarkan dilaksanakan 1/3 kapasiti masjid dan surau. 

“Solat Jumaat dan solat berjemaah fardu lima waktu serta program pengimarahan masjid dan surau di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) juga adalah tidak dibenarkan sama sekali, ” katanya.

Kenyataan Media

KEBENARAN SOLAT JUMAAT, SOLAT BERJEMAAH FARDHU LIMA WAKTU, PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID DAN SURAU SELURUH NEGERI JOHOR SERTA ZIARAH TANAH PERKUBURAN DAN URUSAN BERKAITAN NIKAH CERAI DAN RUJUKAN DALAM TEMPOH PKPB DALAM MEMUTUSKAN RANTAIAN COVID 19

Bersama ini dilampirkan kenyataan media berkaitan perkara diatas untuk rujukan dan perhatian umat Islam di negeri Johor Darul Ta’zim.

Marilah terus bermunajat dan berdoa agar wabak Covid-19 akan segera berakhir.

Sumber : Jabatan Mufti Johor

Komen Anda?