Johor Jewels Mengekalkan Penguasaan Dengan Menewaskan KL Wildcat

Pemain bintang Johor Jewels, An Najwa masih dahagakan kemenangan dan menagih lebih lagi dari pasukannya untuk perlawanan akan datang disamping berbangga dengan aksi hari ini.

Johor Jewels lebur rekod tanpa kalah juara bertahan

Johor Jewels membuktikan status sebagai pilihan utama Sooka Netball Super League (NSL) 2022 selepas menumbangkan juara bertahan, Kuala Lumpur (KL) Wildcats 56-49 sebentar tadi.

Di petik dari laman Kosmo Online, Lebih manis, kemenangan di Stadium Juara, Bukit Kiara itu bukan sahaja melebarkan penguasaan Johor Jewels di tangga teratas, malah turut berjaya meleburkan rekod tanpa kalah KL Wildcats musim ini.

Pada aksi suku pertama, percaturan jurulatih KL Wildcats, Norizan Rajab meletakkan goal shooter, Puteri Intan Balqis Ahmad Dzulkefli sebagai goalkeeper menjadi apabila berjaya mengekang serangan Johor Jewels.

Permainan pantas yang dipamerkan membolehkan KL Wildcats yang ketinggalan awal pada lima minit pertama, berjaya bangkit merapatkan kedudukan 10-13 apabila tamat suku pertama.

Biarpun Puteri Intan Balqis berjaya menghasilkan 12 jaringan di suku masa kedua, namun ketiadaannya di benteng pertahanan menyaksikan ‘penguasaan’ goal shooter Johor Jewels, An Najwa Azizan.

Pengalaman dan ketinggian dimiliki tonggak import Johor Jewels dari Sri Lanka, Gayani Samanthika berjaya menyukarkan Puteri Intan Balqis dan goal attack KL Wildcats, Nordiyanah Noor Sabadinie untuk menghasilkan jaringan.

Kesempatan tersebut dimanfaatkan sepenuhnya skuad bimbingan Fazira Mesnan itu yang dilihat lengkap di setiap posisi untuk menjarakkan kedudukan kepada dua digit dengan keputusan 45-32 pada akhir suku ketiga.

Strategi Johor Jewels merehatkan Gayani dan An Najwa dengan membawa masuk seorang lagi import dari Thailand, Sirima Samnaree seakan-akan mengundang padah apabila KL Wildcats semakin bertenaga merapatkan jurang kedudukan.

Jaringan demi jaringan berjaya disudahkan duo serangan KL Wildcats, Puteri Intan Balqis dan Nordiyanah dengan perbezaan hanya dipisahkan enam mata.

Bagaimanapun, kemasukan semula An Najwa terus memberikan semula penguasaan buat Johor Jewels untuk mendominasi permainan sehingga tamat perlawanan dengan keputusana 56-49.

Esok, Johor Jewels akan menghadapi aksi terakhir mereka dalam saingan liga sepusingan menentang satu lagi pasukan sukar, Selangor Angels, manakala KL Wildcats bakal membuat perhitungan dengan Pahang Tulips. – KOSMO! ONLINE

Rugi siapa tak tengok perlawanan antara Johor Jewels vs KL Wildcats tadi. Penuh dengan drama, emosi, skill bertaraf dunia, epik habis!

Yang tak sempat, boleh tengok full highlight: youtu.be/PFNzVftOah0

Kedudukan terkini Sooka NSL 2022, selepas hari ke-7. Johor Jewels terus mengkukuhkan cengkaman di puncak selepas berjaya menumpaskan KL Wildcats.

Esok kita ada lagi 3 games, macam biasa saluran 801, Astro Arena!

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?