Johor Jewels Mendominasi Liga Dengan Rekod Tanpa Kalah

Bukan senang nak jaga An Najwa. Layan maca mana Zawani Angels cuba menghalang pergerakan pemain negara tu.

Johor Jewels terus kebal tanpa kalah

Semangat melawan ditunjukkan Selangor Angels perlu diberi pujian kerana berjaya bersaing sengit dengan Johor Jewels biarpun tewas 25-57 pada aksi Sooka Netball Super League (NSL) 2022 sebentar tadi.

Apa tidaknya, Selangor Angels berjaya membuatkan naib juara musim lalu itu ‘hilang arah’ apabila terikat 9-9 pada suku masa pertama sebelum ketinggalan 19-23 di suku masa kedua pada aksi di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Di petik dari Laman Kosmo Online, Ia berpunca daripada kawalan ketat diberikan goalkeeper Selangor Angels, Zawani Nisha Habib Rahman ke atas goal shooter Johor Jewels, An Najwa Azizan sepanjang 30 minit pertama permainan.

Kecemerlangan gandingan Siti Aminah Ahmad Karishma S. Loganathan juga antara faktor utama Selangor Angels berjaya memoamerkan prestasi meyakinkan untuk mencipta kejutan ke atas Johor Jewels.

“Perjalanan yang sudah dijangkakan..” kata Mei Foong setelah mendominasi liga dengan rekod tanpa kalah.

Bagaimanapun, pertukaran strategi dilakukan ketua jurulatih Johor Jewels, Fazira Mesnan dan intensiti ditunjukkan anak-anak buahnya membolehkan mereka mendominasi sepenuhnya aksi suku masa ketiga.

Setiap posisi Johor Jewels dilihat berjaya menjalankan tugas masing-masing dengan berkesan untuk mematahkan segala percaturan Selangor Angels yang hanya berupaya menghasilkan tiga jaringan dalam suku masa ketiga.

Malah, An Najwa juga seperti sudah kembali menemui rentak permainannya apabila menghasilkan jaringan demi jaringan untuk menamatkan suku ketiga dengan keputusan 41-22.

Suku masa terakhir terus memperlihatkan penguasaan sepenuhnya Johor Jewels yang dilihat sudah menemui cara untuk menutup setiap hantaran Selangor Angels bagi memenangi perlawanan dengan keputusan 57-25. – KOSMO! ONLINE

Inilah kedudukan terakhir sooka NSL 2022 sebelum kita ke pusingan separuh akhir minggu depan.

Korang rehat dulu, simpan suara, nanti kita kasi jerit lagi ! Kalau terlepas semua game, rilek, korang boleh layan di Youtube @astroarenahd.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?