Johor Darul Ta’zim Tewas Tipis Kepada Shandong Luneng FC Di Laman Sendiri

2019 AFC CHAMPIONS LEAGUE | 24 APRIL 2019

JDT [0-1] SHANDONG LUNENG FC

(Graziano Pellè 22′)

Johor Darul Ta’zim tewas tipis kepada Shandong Luneng FC di laman sendiri tadi.

Semoga terus berusaha untuk perlawanan seterusnya menentang Kashima Antlers nanti!

Tamat Perlawanan.. JDT 0-1 shandong luneng.. Gol tunggal daripada Graziano pelle.. JDT menguasai perlawanan namun gagal memperolehi kemenangan. . Dont give up JDT.

JDT hampa di Larkin

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT)  terkeluar daripada saingan memburu slot ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas tewas 0-1 kepada Shandong Luneng FC (Shandong Luneng) di laman sendiri, sebentar tadi.

Pertemuan kali kedua Harimau Selatan dengan pasukan dari China itu menyaksikan jaringan pertama mudah disempurnakan pemain Shandong Luneng, Graziano Pelle pada minit ke-21.

Kedua-dua pasukan bermula agak garang dengan saling berbalas percubaan, namun selepas Shandong Luneng menjaringkan gol pertama, rentak permainan JDT tampak semakin lemah. 

JDT turun tanpa kelibat tonggak pertahanan, Mauricio Nascimento yang mengalami kecederaan, malah tidak menyenaraikan Gonzalo Cabrera dalam kesebelasan utama dan hanya mempertaruhkan Diogo Luis Santo selaku pemain import tunggal pada separuh masa pertama.

Pada babak kedua, JDT terpaksa bermain bermatian-matian sebelum menggunakan tiga pemain simpanan, Cabrera, Safawi Rasid dan Hazwan Bakri.

Bagaimanapun, percubaan demi percubaan kedua-dua pasukan tidak berjaya menghasilkan gol tambahan.

Kemenangan berkenaan meletakkan Shandong Luneng sebagai pendahulu Kumpulan E dengan lapan mata.

Sumber : Berita Harian

Komen Anda?