Johor Darul Ta’zim Tewas 2-1 kepada Nagoya

Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul pasukan pertama yang berjaya menyaksikan gawang gol gergasi Jepun, Nagoya Grampus bolos buat kali pertama dalam enam perlawanan berturut-turut.

Begitupun, situasi itu gagal membantu JDT merekodkan keputusan positif apabila tewas 1-2 kepada Nagoya pada aksi kelima Kumpulan G saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Rajamangala, Bangkok sebentar tadi.

Pada pertembungan itu, Mora mempertaruhkan Ahmad Hazwan Bakri dan penjaga gol, Haziq Nadzli buat pertama kali beraksi dalam saingan ACL sambil meletak Syamer Kutty Abba bergandingan bersama Leandro Velazquez Nazmi Faiz Mansor mengemudi di posisi tengah.

Belum pun anak didik Mora dapat menyesuaikan diri, Nogaya Grampus dihadiahkan sepakan penalti pada minit ketiga selepas Adam Nor Azlin menjatuhkan Mateus Castro dan pengadil dari Iran, Alireza Faghani tidak teragak menghadiahkan sepakan penalti.

Matues yang mengambil sepakan itu merembat bola kencang tepat ke penjuru kiri dan berjaya memperdaya penjaga gol, Haziq Nadzli yang merebah badan di sebelah kanan.

Kelekaan benteng pertahanan di posisi Corbin Ong dihukum Hiroyuki Abe pada minit ke-28 selepas dia bijak merembat bola lencong tepat ke penjuru kanan menewaskan Haziq yang gagal untuk menepis bola keluar.

Ketika aksi berbaki tiga minit untuk ditamatkan pada babak pertama, gawang Nagoya Grampus yang kebal sejak empat aksi lalu dalam kempen kumpulan tanpas bolos akhirnya berjaya dirobek selepas Ramadan Saifullah bijak menyudah bola tampanan Langerik yang terlebih dahulu menampan bola rembatan deras Corbin dari jarak 30 meter.

Keputusan penuh dan kedudukan terkini dalam kumpulan G. 名古屋グランパス / Nagoya Grampus dinobatkan sebagai juara kumpulan dan layak ke pusingan kedua.

Jadual perlawanan Johor Darul Ta’zim untuk Kumpulan G, AFC Champions League

07/07: 🇹🇭 Ratchaburi | Live di FOX Sports 📺

Hidup Johor Demi Johor

#LuaskankuasamuJohor
Komen Anda?