Johor Darul Ta’zim Terus Gah Di Persada Liga Dengan Kemenangan Ke Atas KDA FC

Johor Darul Ta’zim terus gah di persada liga dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Kedah Darul Aman FC di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Kedah hampir membuka jaringan seawal minit ke-4 namun percubaan Rabih Ataya terkena tiang gol, manakala tandukan Kpah Sherman singgah di palang gol sebelum tamat separuh masa pertama.

Sambung babak kedua, kedua-dua pasukan menggandakan asakan dalam usaha menjaringkan gol dan pada minit-minit terakhir, Bergson da Silva menyudahkan sepakan penalti untuk gol kemenangan.

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS12

Photo by MFL
Komen Anda?