Johor Darul Ta’zim Terima Kunjungan Ketua Menteri Melaka

YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Utama (Dr) Hj Sulaiman Md Ali yang juga Presiden MUSA mengetuai delegasi dari MUSA melawat pusat latihan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Padang Seri Gelam, Larkin Johor Bahru, petang tadi.

Photo by MUSA

Ketibaan beliau disambut Pengarah Teknikal JDT, Mr Alistair Edwards yang kemudiannya mengiringi delegasi MUSA membuat lawatan di sekitar pusat latihan berkenaan termasuk melihat sendiri fasiliti-fasiliti sukan yang terdapat di pusat berkenaan antaranya Padang Latihan, Gimnasium, Bilik Rawatan dan Bilik Persalinan Pemain.

Photo by MUSA

Turut menyertai lawatan ini, Ybhg Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United FC Sdn Bhd, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri, Naib Presiden MUSA, Datuk Wira Sazali Mat Din, Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif MUSA serta Bendahari Kehormat MUSA, En Lim Swee Hu.

Photo by MUSA

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada warga Kelab Bolasepak JDT di atas kesudian menerima kunjungan dan lawatan delegasi MUSA bagi melihat sendiri infrastruktur serta pengurusan kelab JDT daripada kami di MUSA.

Photo by MUSA

Semoga hubungan antara MUSA dan JDT kekal erat demi kemajuan bolasepak antara kedua-dua belah pihak pada masa hadapan.

Sumber : MUSA

Komen Anda?