Johor Darul Ta’zim Seri Menentang PJ City

Petaling Jaya (PJ) City meraih satu mata dilaman sendiri apabila seri menentang Juara Liga Super lapan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Bagaimanapun, satu mata yang diraih itu tidak menjejaskan perjalanan Harimau Selatan bagi memburu kejuaraan kesembilan musim ini dengan mereka kini mengumpul 43 mata, tujuh mata di depan pasukan tangga kedua, Sabah.

JDT yang juga juara bertahan Liga Super sejak 2014 menguasai sebahagian besar perlawanan babak pertama dengan menampilkan corak permainan mudah menerusi hantaran pendek dan berjaya mencemaskan kubu PJ City.

Percubaan terbaik Harimau Selatan hadir pada minit ke-12 yang mana rembatan deras Nazmi Faiz Mansor menggegar palang gol PJ City yang dikawal Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.

JDT akhirnya memecahkan kebuntuan jaringan pada minit ke-48 apabila Bergson menyempurnakan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Filemon Anyie Standly.

PJ City yang dilihat bergelut untuk mencipta peluang bagaimanapun mengejutkan kem JDT apabila berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyudah penyerang kebangsaan, Darren Lok hasil umpanan Mahali Jasuli pada minit ke-73.

Akhyar Rashid kembali menceriakan JDT apabila dia meledak gol kedua Harimau Selatan pada minit ke-86, hanya kira-kira empat minit selepas dia masuk sebagai pemain gantian.

Sumber : BH

Kealpaan benteng pertahanan JDT pada penghujung perlawanan dihukum dengan jaringan penyamaan R Kogileswaran pada masa kecederaan, sekali gus membolehkan PJ City meraih satu mata berharga.

Ayuh JDT terus kebalkan rekod tanpa kalah!

📊 KEDUDUKAN – LS18

Komen Anda?