Pertembungan membabitkan JDT dan Selangor FC pasti berlangsung dengan sengit serta menarik minat penyokong setia kerana kedua-dua pasukan ini turut membawa misi yang mahu direalisasikan.
Pertembungan ini, pastinya penyokong setia kedua-dua pasukan meletakkan harapan yang tinggi sambil mengharapkan pasukan mereka dapat melakar kemenangan dan meraih 3 mata penuh dalam perlawanan Liga Super 2022 kerana kemenangan yang diharapkan ini sudah tentu akan mengukuhkan serta memperbaiki kedudukan pasukan dalam carta Liga Super 2022.
Pasukan JDT menerima kunjungan Selangor FC bagi perlawanan Liga Super yang dijadual berlangsung pada hari Jumaat, 24 Jun 2022.
Menerusi hantaran di laman rasmi Johor Southern Tigers, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim menyediakan lebih tiket “Away” Dari yang diminta Selangor FC.
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menyediakan 400 tiket kepada Selangor FC untuk perlawanan Liga Super Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim pada 24 Jun nanti.
Sebelum itu, Selangor telah meminta 300 tiket ‘away’ tetapi JDT telah menyediakan 400 tiket bagi memberikan lebih ramai penyokong pasukan pelawat hadir ke ‘2020 World Stadium of the Year’.
JDT have allocated 400 tickets to Selangor FC for the Malaysia Super League match at Sultan Ibrahim Stadium on June 24.
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 20, 2022
Selangor had requested 300 away tickets but JDT have allocated 400 tickets to enable more visiting fans at the 2020 World Stadium of the Year. pic.twitter.com/Hkfpk49hkK
INFO TIKET JDT LAWAN SELANGOR FC
Tiket untuk perlawanan Liga Super antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC pada 24 Jun 2022 akan mula dijual menerusi www.tickethotline.com.my pada 20 Jun bermula jam 2.00 petang. Setiap penyokong hanya boleh membeli dua tiket sahaja. Luaskan Kuasamu Johor.
Tickets for the Super League match between Johor Darul Ta'zim FC (JDT) and Selangor FC on 24 June 2022 will be for sale on https://t.co/RHuLRCtNqE from June 20, 2.00pm onwards. Fans are allowed to purchase two tickets each only. Luaskan Kuasamu Johor. pic.twitter.com/FHEwo8lEyV
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 20, 2022
Khas Penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) khususnya pemegang pas bermusim
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berbesar hati mengalu-alukan kedatangan anda ke Sesi Latihan Terbuka JDT Eksklusif Untuk Para Pemegang Pas Bermusim Sahaja di Stadium Sultan Ibrahim pada hari Selasa, 21 Jun 2022, jam 5.30 petang.
Para pemegang pas bermusim dibenarkan masuk dengan menunjukkan sama ada kad keahlian fizikal mereka atau versi digital Pas Bermusim JDT 2022.
- Sepak Mula Liga Malaysia Pada Waktu Petang, MFL Kaji Cadangan
- Dua Gol Ifedayo Omosuyi Bantu Melaka Tewaskan Selangor FC
- Skuad B-19 Negara Memulakan Kempen Kejuaraan AFF B-19 Dengan Langkah Kanan
- Lukisan Mural Elemen Sejarah Naik Imej Bandar Maharani, Muar
- Sasar 3 Mata Penuh Berdepan Kemboja, Skuad B-19
#LuaskanKuasamuJohor
PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.
LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor
Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.