Johor Darul Ta’zim, Persis Solo Catat Keputusan Seri

Skuad Harimau Selatan mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri setelah mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan pasukan kelab Liga 1 Indonesia, Persis Solo pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad Harimau Selatan yang dikendalikan Héctor Bidoglio dilihat menyimpan ‘taring sebenar’ dengan menggabungkan senarai pemain muda dan senior (JDT & JDTII) dalam kesebelasan utama dengan jentera serangan diketuai S. Kunanlan.

Pasukan JDT yang membuka tirai jaringan menerusi Moussa Sidibe yang menyudahkan sepakan percuma pada minit ke-28.

Bersambung pada babak kedua, pasukan pelawat menyamakan kedudukan melalui Fernando Rodríguez pada minit ke-70. Beliau juga adalah bekas pemain JDT.

Tersentak dengan jaringan tersebut, pasukan tuan rumah menggandakan asakan untuk kembali di hadapan.

Kesilapan penjaga gol Persis Solo yang menjatuhkan Sumareh dalam kotak penalti, Sepakan penalti pada minit ke-72 gagal dimanfaatkan oleh De Paula.

Perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1 sehingga tamat perlawanan.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?