Johor Darul Ta’zim Menumpaskan Terengganu FC

Johor Darul Ta’zim (JDT) menang 1-0 Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Gong Badak, Kuala Terengganu sebentar tadi.

Pada aksi pusingan pertama di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri April lalu, skuad kendalian Nafuzi Zain berjaya memgalahkan skuad kendalian Benjamin Mora dengan kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan pemain muda, Mohamad Hakimi Abdullah.

Namun aksi pusingan kedua sebentar tadi, Tidak banyak aksi menyerang yang ditampilkan oleh kedua pasukan dalam aksi separuh masa pertama. Beberapa peluang terbaik berjaya dicipta oleh barisan serangan TFC namun tandukan Argzim Redzovic dibatalkan kerana berkedudukan offside dan 1 rembatan deras Hakimi Abdullah tepat ke arah Farizal Marlias.

Percubaan terbaik JDT untuk mendapatkan gol pendahuluan pada minit tambahan ke-45 (+2) dimanfaatkan Shane Lowry selepas bola muntah daripada dakapan penjaga gol Terengganu, Suhaimi Husin

Jaringan penghujung babak pertama menerusi rembatan deras Shane Lowry menjadi pemisah buat pasukan pelawat mendahului perlawanan

Bersambung babak kedua, skuad bimbingan Mohd Nafuzi Zain cuba bangkit pada perlawanan itu untuk sekurang-kurangnya memecahkan kebuntuan jaringan.

Pada minit ke-72, Bergson nyaris mencipta jaringan kedua pasukannya dan ke-24 peribadinya musim ini, tapi bola tandukannya hasil hantaran Safawi terkena tiang dan susulan yang dilakukan Syafiq berjaya ditangkap penjaga gol untuk keputusan kekal memihak kepada JDT 1-0.

Juara baharu Liga Super itu perlu mengharungi satu lagi perlawanan di laman sendiri menentang Kuala Lumpur FC pada 12 September ini.

JDT pada minggu lalu telah mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali kelapan berturut-turut.

⚽️ PENJARING TERBANYAK LIGA SUPER 2021 SETAKAT INI:-

Bergson da Silva 🟦🟥 23 Gol
Ifedayo Omosuyi 🟥🟨 22 Gol

Guard Of Honour Dari Pasukan Terengganu Untuk Juara Liga Super 2021. Terima Kasih TFC

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS21

📊 KEDUDUKAN LIGA PREMIER – LP20

Next Game JDT #LS22 ⚽❤️💙

🏆 | LIGA SUPER 2021
⚽️ | JOHOR DARUL TA’ZIM VS KL CITY FC
📆 | 12 SEPTEMBER 2021 (AHAD)
⏰ | 9.00 MALAM
🏟 | STADIUM SULTAN IBRAHIM

Komen Anda?