Johor Darul Ta’zim Mara Ke Suku Akhir Setelah Menewaskan Kuching FA

TM PIALA MALAYSIA 2020 | 6 NOVEMBER 2020

JDT [1-0] KUCHING FA
(Arif Aiman Hanapi 19′)

Photo by MFL

Arif Aiman penyelamat JDT (Berita Harian)

JOHOR BAHRU: Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dipaksa bermandi peluh sebelum melangkah ke suku akhir selepas menang tipis 1-0 mengatasi pendatang baharu kancah Piala Malaysia, Kuching FA pada aksi pusingan 16 kalah mati di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.

Jaringan tunggal pemain muda, Arif Aiman Mohd Hanafi menjadi penyelamat skuad Harimau Selatan untuk mara ke saingan suku akhir dan akan berdepan Kuala Lumpur di laman sendiri pada 12 November ini.

Apapun, bibit-bibit memburu kemenangan JDT bermula seawal minit ketiga selepas mengundang cemas benteng pelawat apabila sepakan lintang Arif Aiman tepat ke kaki Gonzalo Cabrera namun bola rembatan pemain dari Argentina itu melewati palang.

Skuad Harimau Selatan yang menguasai perlawana sejak minit pertama akhirnya membuka tirai jaringan pada minit ke-19 hasil bola umpanan Natxo Insa yang menyaksikan Diogo Luis Santo sempat mendada bola memberi peluang Arif Aiman yang tidak dikawal merembat bola leret menewaskan penjaga gol, Mohd Iqbal Mohd Suhimi.

Photo by The Photoshooterz

Arif Aiman hampir mencetak gol kedua peribadi pada minit ke-35 selepas bertindak berani menyusup masuk ke dalam kotak penalti pelawat namun bola rembatan leret itu tidak mampu menewaskan Mohd Iqbal yang sudah bersedia menangkap bola.

Bersambung babak kedua, tuan rumah menggandakan asakan untuk memburu gol kedua namun benteng pelawat tampak kental apabila bertindak menghalang gerakan berbahaya menerusi gandingan Cabrera dan Luis Santo.

Agak malang apabila Luis Santo gagal menambah jaringan pada mini ke-53 selepas bola sepakan leret hasil umpanan Cabrera sempat ditangkap kemas Mohd Iqbal bagi memastikan gawangnya tidak dibolosi.

Walaupun sering diasak, anak didik Akira Higashiyama tampak berusaha menggempur benteng tuan rumah dalam usaha memburu gol penyamaan tapi gagal untuk melepasi gandingan Mauricio Dos Santos dan kapten Aidil Zafuan Abd Radzak.

Malah bola tandukan pemain gantian, Raamdhan Saifullah Usman tatkala aksi berbaki tiga minit untuk ditamatkan sekadar sipi dari gawang gol dan kedudukan 1-0 memihak JDT kekal hingga perlawanan berakhir.

KEPUTUSAN MASA PENUH TM PIALA MALAYSIA – PUSINGAN PERTAMA

Photo by MFL

LuaskanKuasamuJohor

PENJARING TERMUDA JDT — TAHNIAH, ARIF AIMAN

Arif Aiman Hanapi, pemain muda berusia 18 tahun, produk Akademi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim muncul penjaring termuda dalam sejarah skuad senior apabila menjaringkan gol ketika perlawanan TM Piala Malaysia 2020 antara JDT dan Kuching FA di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin pada Jumaat, 6 November 2020. Luaskan Kuasamu Johor.

SOROTAN PERLAWANAN TM PIALA MALAYSIA – PUSINGAN PERTAMA

Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim menewaskan Kuching FA 1-0 malam tadi dalam aksi pusingan pertama TM Piala Malaysia.

Arif Aiman diturunkan dalam kesebelasan pertama buat kali pertama dan pemain berusia 18 tahun ini memanfaatkan peluang dengan meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-19.

JDT bakal berdepan Kuala Lumpur dalam aksi suku akhir.

TMPialaMalaysia2020

 17 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?