Johor Darul Ta’zim Mara Ke Separuh Akhir Piala FA 2022

Johor Darul Ta’zim layak ke separuh akhir setelah mencatat kemenangan 2-1 ke atas Melaka United FC pada perlawanan suku akhir Piala FA di Stadium Hang Jebat sebentar tadi.

JDT yang berada dalam kumpulan Suku akhir 3 akan berhadapan pasukan suku akhir 4 Penang FC sebagai pasukan Tuan Rumah.

Jaringan Bergson da Silva pada masa kecederaan melayakkan JDT ke separuh akhir Piala FA.

Hazwan Bakri meletakkan JDT di depan namun Sony Norde menyamakan kedudukan untuk Melaka United sebelum gol lewat Bergson.

Kesungguhan tinggi pelawat membolehkan mereka berjaya meledak gol pertama seawal minit keempat menerusi Hazwan Bakri sekali gus mengejutkan tuan rumah yang baharu sahaja cuba mengatur gerak untuk memasuki kubu pelawat.

4′ GOL | Hazwan Bakri menanduk masuk hantaran Leandro Velazquez untuk gol pendahuluan di Stadium Hang Jebat!

Jaringan terbabit berpunca daripada hantaran lintang Leandro Velazquez dari sebelah kiri gawang MU yang ditanduk tepat Hazwan sekali gus gagal diselamatkan penjaga gol Tian Keat See.

Pelawat memperoleh beberapa peluang untuk menambah gol namun percubaan Arif Aiman dan Forestier pada minit ke-10 dan m-12 gagal menuju sasaran.

Tuan rumah yang lemas diasak pelawat pada awal permainan hanya mampu mencipta percubaan menerusi Sony Norde pada ke-27 namun rembatannya tinggi melepasi palang gol.

Babak kedua menyaksikan persembahan lebih menarik menerusi percubaan bahaya Harimau Selatan sementara MU juga berusaha agresif untuk menyaingi pelawat bagi mengulangi kecemerlangan mereka mengikat JDT 1-1 di pentas Liga Super di gelanggang sama sebelum ini.

Apapun, percubaan awal menerusi Leandro (m-49), Forestier (m-51) dan Hazwan empat minit selepas itu gagal untuk mencipta jaringan kedua sementara pemain gantian Wan Zaharulnizam Wan Zakaria berjaya mencipta percubaan tepat pada m-53 dan Norde (m-79) buat Melaka namun diselamatkan penjaga gol kebangsaan Farizal Marlias.

Ketika JDT dilihat memiliki kelebihan, tuan rumah tiba-tiba berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan penalti Norde pada minit ke-84 untuk mengikat lawan.

84′ GOL | Sony Norde menyudahkan sepakan penalti untuk gol penyamaan Melaka United!

Jaringan penalti berkenaan terhasil selepas Norde dijatuhkan Leandro sekali gus menjadikan permainan lebih menarik diikuti empat minit selepas itu penyerang Haiti terbabit hampir meletakkan pasukannya di depan namun tolakannya diselamatkan Farizal.

90+3′ GOL | Tandukan Bergson da Silva pada masa kecederaan meletakkan JDT kembali di depan!

Namun, harapan tuan rumah untuk mengheret aksi ke masa tambahan lebur apabila tandukan Bergson selepas menerima hantaran Nazmi Faiz pada masa kecederaan memastikan mereka akan menentang Penang FC di separuh akhir. Sumber : Berita Harian

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?