Johor Darul Ta’zim (JDT) Akan Bertemu Sekali Lagi Pohang Steelers

Johor Darul Ta’zim (JDT) akan bertemu sekali lagi Pohang Steelers pada aksi pusingan kedua Kumpulan G Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand.

Terdahulu Johor Darul Ta’zim (JDT) gagal menambah mata pada aksi Kumpulan G saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dengan keputusan selepas tewas 4-1 kepada kelab Korea, Pohang Steelers, di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Kekalahan itu meletak skuad Harimau Selatan di tangga ketiga dengan tiga mata dan kelab Korea Selatan itu melonjak ke tangga kedua selepas mengumpul enam mata manakala Nagoya Grampus kekal selaku pendahulu kumpulan selepas membelasah Ratchaburi FC 4-0 pada aksi terdahulu.

🎥 JDT v POHANG STEELERS : Press Conference

JDT harus bangkit

Tonggak JDT, Safawi Rasid menjalani latihan menjelang aksi berdepan Pohang Steelers. Photo by Johor Southern Tigers

Johor Bahru: Johor Darul Ta’zim (JDT) akan bertemu sekali lagi FC Pohang Steleer pada aksi pusingan kedua Kumpulan G Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand, esok bakal membuat rombakan kecil di posisi pertahanan.

Ini berikutan dua pemainnya Mauricio Dos Santos dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham terpaksa diketepikan pengendali JDT, Benjamin Mora apabila berdepan kelab dari Korea Selatan selepas mengumpul dua kad kuning.

Apapun Mora sedar kekalahan 1-4 kepada skuad kendalian Kim Gi-dong pada aksi Isnin lalu, beri kesan terhadap prestasi barisan pemainnya namun ia dapat diatasi selepas proses pemulihan dan latihan yang lebih tersusun untuk berdepan sekali lagi kelab dari Korea Selatan pada perlawanan timbal balik.

“Ya.. kami tidak dapat turunkan Mauricio kerana di gantung satu perlawanan tapi kami sudah kenal pasti pemain yang akan mengisi kekosongan tempatnya untuk bergandingan bersama Shane (Lowry) malah posisi Azrif (Nasrulhaq Badrul Hisham) juga ada pengganti.

“Kali kedua kami menentang Pohang dan ia peluang terbaik untuk tebus kesilapan yang dilakukan pada aksi pusingan pertama dan memperbaiki corak permainan yang lebih konsisten. Malah kami tahu cara mereka beraksi.

“Kami bersaing di pentas ACL semestinya mahu buktikan sesuatu dan ia bukan sekadar melengkapkan jadual perlawanan dan pasti akan turun dengan lebih mantap pada tiga aksi bermula dengan menentang kelab dari Korea Selatan,” katanya.

Menurut Mora, selepas mengharungi tiga perlawanan yang sukar terutama tekanan pada aspek fizikal dan mental ia adalah keadaan luar biasa kerana belum pernah beraksi dalam saingan ACL dengan jadual yang padat namun proses pemulihan yang tersusun nyata membuat pemain tampak kembali bersedia mengharungi perlawanan seterusnya.

Sementara itu, kapten JDT Farizal Marlias bertekad untuk bangkit bersama rakan sepasukan memburu kemenangan apabila sekali lagi menentang Pohang Steelers dan ia peluang terbaik bagi membalas dendam kekalahan 1-4, baru-baru ini.

“Ia peluang terbaik untuk tebus kesilapan lalu. Kami berada di landasan terbaik untuk menang pada aksi lalu selepas mendahului 1-0 namun tiga sepakan penalti yang diberikan kepada pasukan lawan meranapkan segala harapan.

“Itulah bola sepak namun aksi kali kedua merupakan episod berbeza kerana kami perlu raih mata untuk kekal bersaing di pentas ACL dan harapan kami mahu lakar kejutan,” kata Farizal.

Sumber : Harian Metro

LuaskanKuasamuJohor

Komen Anda?