Johor Darul Ta’zim Bertemu Penang FC Dalam Aksi Separuh Akhir Piala FA 2022

ROAD TO FINAL!

Terengganu FC 🆚 Selangor FC
Johor Darul Ta’zim 🆚 Penang FC

Nantikan jadual tarikh rasmi!

*Tiada aksi timbal balik.

Pasukan manakah yang akan bertemu di gelanggang akhir?

Bergson muncul hero JDT

Bergson Da Silva muncul wira Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila jaringannya pada waktu kecederaan membantu Harimau Selatan menewaskan Melaka United 2-1 dalam aksi suku akhir Piala FA paling mendebarkan di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Kemenangan bergaya JDT itu memastikan skuad Harimau Selatan melangkah dengan bergaya ke separuh akhir walaupun skuad Sang Kancil nyaris mengejutkan pasukan itu.

Jaringan Bergson da Silva pada masa kecederaan melayakkan JDT ke separuh akhir Piala FA.

Hazwan Bakri meletakkan JDT di depan namun Sony Norde menyamakan kedudukan untuk Melaka United sebelum gol lewat Bergson.

Harimau Kumbang baham Tok Gajah

Keputusan Sri Pahang melantik Dollah Salleh sebagai ketua jurulatih interim, mengambil alih tugas Christophe Gamel nyata tidak membuahkan hasil apabila pasukan itu dikalahkan 2-5 oleh Penang FC pada suku akhir Piala FA di Stadium Darul Makmur di sini malam ini.

Penang FC bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk mara ke separuh akhir hasil jaringan T. Saravanan, Hilal El-Helwe (2 gol), Lucas Silva dan K. Thivandaran.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?