Johor Darul Ta’zim Benam Selangor FC 5-1

Johor Darul Ta’zim (JDT) benam dan rampas kedudukan teratas Liga Super selepas menewaskan Selangor FC 5-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, sebentar tadi.

Dengan kemenangan itu, skuad kendalian Benjamin Mora mengekalkan rekod tanpa kalah dan menang enam perlawanan dan satu seri selepas baru mengharungi tujuh perlawanan untuk mengumpul 19 mata manakala pencabar terdekat, Sabah FC hanya ketinggalan satu mata.

JDT hanya memerlukan 2 minit untuk meledak gol pertama hasil jaringan Bergson yang meletakkan JDT di depan dengan gol ke-10 peribadinya musim ini!

Tersentak dengan gol awal itu, anak didik Michael Feichtenbeiner cuba mencari ruang untuk menyusun serangan tapi masih belum mampu memecah benteng ampuh yang di kawal tiga serangkai tuan rumah, Shane Lowry, Shahrul Saad dan Matthew Davies.

Tuan rumah menghukum skuad yang bergelar Gergasi Merah apabila mencipta gol kedua pada perlawanan itu pada minit ke-25 selepas bola sepakan percuma Forestieri dari jarak 25 meter tepat menuju ke sudut kanan gawang dan gagal diselamatkan Khairulazhan.

Sepakan percuma Fernando Forestieri menewaskan Khairulazhan Khalid untuk gol kedua JDT!

JDT ternyata tidak mengendah kejayaaan Selangor FC menang besar ke atas Sarawak United FC, baru-baru sebaliknya menambah derita anak didik Feichtenbeiner pada minit ke-35 selepas bola umpanan Afiq Fazail mudah buat Leandro Velazquez melencongkan bola tepat ke penjuru kiri gol menewaskan Khairulazhan.

Top corner! Gol ketiga JDT hadir menerusi rembatan Leandro Velazquez dari luar kotak penalti.

Bersambung babak kedua, skuad Harimau Selatan mendominasi permainan dan Forestieri hampir mencetak gol kedua peribadi pada minit ke-51 apabila bola sepakan percuma dari jarak 25 meter hampir menerjah jaring tapi kali ini Khairulazhan bersedia untuk menepis bola keluar.

Malang buat Khairulazhan apabila tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-54 berpunca daripada bola sepakan deras Bergson yang sememangnya mahu melakukan sepakan lintang di posisi sayak kanan tapi penjaga gol tuan pelawat itu gagal menepis bola sekali gus menyaksikan JDT selesa dengan jaringan 4-0.

Bergson menjaringkan gol keempat JDT dengan rembatan dari sudut sukar!

Akhirnya, pelawat mencipta gol pertama pada minit ke-82 selepas bola lorongan Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau membuka ruang buat pemain gantian Mohd Nor Hakim Hassan menyusup masuk ke dalam kotak penalti dan merembat bola leret menewaskan Farizal.

JDT jelas tidak puas dengan empat gol yang dihasilkan sebaliknya memastikan kemenangan bergaya pada minit akhir perlawanan selepas pemain gantian Mahamadou Sumareh menanduk masuk bola sepakan lintang Safawi Rasid dan kedudukan 5-1 kekal milik skuad Harimau Selatan sehingga tamat perlawanan.

KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS10

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?