Alhamdulillah… Perkembangan positif 🤲 Johor membenarkan jarak antara makmum di negeri ini dikurangkan daripada satu meter kepada setengah meter.
PERUBAHAN PENJARAKAN FIZIKAL ANTARA JEMAAH DALAM SAF SOLAT BERJEMAAH DAN AKTIVITI-AKTIVITI PENGIMARAHAN DI MASJID DAN SURAU NEGERI JOHOR DALAM TEMPOH PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) FASA 4
Link: Muat Turun
Johor benarkan jarak solat setengah meter bermula Jumaat ini
Johor membenarkan jarak antara makmum dalam solat Jumaat dan solat fardhu lima waktu di negeri ini dikurangkan daripada satu meter kepada setengah meter bermula Jumaat ini.
Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi, Pengarah Jabatan Agama Islam Johor Datuk Md Rofiki Samsudin dan Mufti Negeri Datuk Yahya Ahmad hari ini.
Menurut kenyataan itu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah memperkenankan agar pelaksanaan itu dikuatkuasakan pada 7 Jan iaitu pada Jumaat ini hingga suatu tarikh yang akan diumumkan Majlis Agama Islam Negeri Johor.
JOHOR | Benarkan Jarak Solat Setengah Meter Bermula Jumaat Ini
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) January 6, 2022
Johor membenarkan jarak antara makmum dalam solat jumaat dan solat fardhu lima waktu di negeri itu dikurangkan daripada satu meter kepada setengah meter bermula Jumaat ini.
Video penuh di: https://t.co/9tA3L1yUW8 pic.twitter.com/PNmoNmNanF
Penangan wabak covid-19 ramai orang yang terkesan dan kehilangan orang yang tersayang. Semoga wabak covid-19 cepat-cepat berlalu pergi.
Untuk tahun 2022 dengan tekad yang baru, semangat baru untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan sehari-hari.
Insha Allah dengan izinNya semoga kita semua dipermudah segala urusan dan maju jaya hendaknya 💪🏻💪🏻💪🏻