Jika Kita Mahu Muncul Juara, Perlu Menewaskan Pasukan Yang Terbaik

Pasukan Harimau Malaya B-23 menjalani sesi latihan ringan di gelanggang tenis di hotel penginapan setibanya mereka di Phu Tho, malam ini.

Skuad kendalian Brad Maloney akan bertemu pasukan tuan rumah Sukan SEA 2021, Vietnam dalam aksi separuh akhir bola sepak lelaki di Stadium Viet Tri, Phu Tho pada Khamis, 19 Mei 2022.

Maloney tidak gentar reputasi Vietnam

Kegagalan meraih kemenangan ke atas Kemboja pada aksi terakhir kumpulan saingan Sukan Sea menyaksikan skuad bawah 23 (B-23) tahun negara dilihat seolah mencari nahas apabila dijadual berdepan Vietnam di peringkat separuh akhir temasya kali ini.

Malaysia yang mempunyai peluang terhidang untuk muncul juara Kumpulan B dengan hanya perlu melakar kemenangan ke atas Kemboja gagal melakukannya apabila sekadar terikat 2-2, sekali gus menolak skuad negara ke tangga kedua dengan Thailand naik ke tempat pertama selepas menang 1-0 bertemu Laos.

Di petik dari Laman Harian Metro, Begitupun, pengendali negara, Brad Maloney dilihat tidak gentar dengan reputasi hebat Vietnam selaku pemenang pingat emas edisi lalu di Filipina apabila mengakui bersedia menurunkan skuad terbaik apabila kedua-dua pasukan turun di Stadium Viet Tri, Khamis ini.

Tegasnya, untuk menjuarai temasya dwitahunan itu, anak buahnya perlu berdepan sesiapa sahaja tanpa perlu memilih lawan.

“Jika kita mahu muncul juara kali ini, kita perlu menewaskan pasukan yang terbaik,” katanya sejurus tamat aksi dengan Kemboja di Stadium Thien Truong petang semalam.

Ujarnya lagi, pemain negara tetap perlu bersedia secukupnya selain tidak berasa gentar untuk berdepan dengan mana-mana pasukan pada saingan peringkat separuh akhir nanti.

“Secara keseluruhannya, pemain perlu bersedia selain melakukan pendekatan sama seperti ketika beraksi pada saingan peringkat kumpulan sebelum ini.

“Walau pasukan mana yang bakal kita temui di separuh akhir nanti, kita akan gunakan pendekatan yang sama dalam usaha memastikan kejayaan pasukan.

“Ini kerana, kedua-dua pasukan (dari Kumpulan A) adalah pasukan yang cukup bagus,” katanya.

Hadi Fayyadh Meledak Dua Jaringan, Catat Keputusan Seri

Malaysia Akan Berentap Dengan Vietnam Dalam Aksi Separuh Akhir

Dalam aksi dengan Kemboja itu, Hadi Fayyadh Abdul Razak meledak dua gol untuk skuad negara pada minit ke-51 dan 67, manakala pasukan kendalian Keisuke Honda meraih gol menerusi Choun Chanchav (m-45) dan Narong Kakada (m-60). Sumber : Harian Metro

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?