fbpx

Jersi Harimau Malaya, JDT Buat Mufti Wilayah

KEJUTAN DARIPADA ISTANA NEGARA

Menerima kunjungan mengejut wakil Istana Negara menyerahkan beg yang penuh dengan barangan ketika saya sedang dalam rakaman Coffee with Mufti di TV al-Hijrah.

Menjunjung setinggi-tinggi kasih buat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong atas derma kurnia berupa jersi Harimau Malaya, JDT, merchandise dan banyak lagi hadiah yang belum sempat dibuka. Moga Allah rahmati dan memayungi Tuanku berdua dengan keafiatan atas kemurahan hati Tuanku berdua.

No. 11 untuk Terengganu, Mohamed Salah dan semestinya Safawi Rasid!

Video penuh di Youtube Channel Mufti Wilayah Persekutuan. Klik https://youtu.be/SYICWr4-Xds


Jersi Harimau Malaya, JDT buat Mufti Wilayah daripada Tunku Azizah

KUALA LUMPUR – Jersi Harimau Malaya dan JDT bernombor 11 antara derma kurnia diterima Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi laman Twitter rasminya @drzul_albakri, Mufti Wilayah Persekutuan itu turut memuat naik gambar dan video menunjukkan beliau menerima jersi yang tertera namanya dan nombor 11.

Jersi nombor 11 pernah dipakai penyerang Harimau Malaya Safawi Rashid, manakala jersi nombor 11 pernah disarung pemain JDT Gonzalo Cabrera.

“Sedang dalam rakaman program Coffee with Mufti di @TVAlhijrah114, wakil daripada Istana Negara tiba-tiba datang dan menyerahkan beberapa bungkusan barang.

“Menurut beliau, ini derma kurnia daripada KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong. Apa agaknya? Segan patik dengan kemurahan hati Tuanku,” kata Zulkifli di laman Twitternya.

Zulkifli turut memuat naik video yang menunjukkan beliau menyarungkan jersi itu sambil menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah di atas derma kurnia itu.

“Junjung kasih kepada Tuanku Permaisuri dan Tuanku Agong atas anugerah yang bagi saya pemain nombor 11 atau ekor Malaya dan Alhamdulillah kami menjunjung kasih atas kurniaan di tempat yang mulia di TV Hijrah ketika rakaman Coffee with Mufti,” katanya.

Kira-kira sebulan yang lalu tular di laman sosial apabila Zukifli memuat naik gambar di laman Twitter mengenai sehelai jersi bola sepak Liverpool yang diterimanya daripada sepasang suami isteri yang membawa anak mereka untuk ditahnikkan oleh beliau.

Ciapan itu mendapat perhatian daripada Tunku Azizah yang membalas ciapan tersebut dengan janji untuk menghadiahkan jersi bola pasukan kegemaran Zulkifli. – Bernama

Komen Anda?
Related Post
Hadiah Yang Tidak Ternilai Ini Buat Mufti WP Sebak

Satu gambar biasanya merakamkan 1001 sejarah di sebaliknya. Hari ini saya menerima hadiah yang tidak Read more

Wira Harimau Malaya, Safawi Rasid Membuat Kejutan

?Wira Harimau Malaya, Safawi Rasid membuat kejutan? Beliau beserta keluarga membuat kunjungan bagi menyerahkan sumbangan Read more

Sepakan Kaki Kiri Safawi Rasid Berjaya Menumpaskan Indonesia

Dua gol daripada penyerang sensasi negara, Muhammad Safawi Rasid meleburkan impian skuad Garuda untuk cuba Read more

Elak Provokasi Dan Nikmati Perlawanan – Tan Cheng Hoe

MALAYSIA ?? lwn ?? INDONESIA Stadium Nasional, Bukit Jalil, 8.45 malam * Pintu masuk ke Read more