fbpx

Jersi Baru JDT 2019, Jersi ‘Away’ Mengambil Inspirasi Dari La Ferrari TMJ

Amacam, komen sikit pasal jersi JDT terbaru musim depan ni. Lawa tak? Mesti dapatkan… Cantik Dan Menarik…

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mendapat kepercayaan Nike Malaysia apabila syarikat gergasi sukan antarabangsa itu menaja juara Liga Super lima musim berturut-turut dengan nilai tajaan RM1.3 juta.

Pengurus Pemasaran Sukan Nike Malaysia dan Thailand, Ernest Rodrigues berkata, tajaan jersi dan kelengkapan barangan sukan Nike pada tahun ini agak istimewa terutama reka bentuk jersi lebih dinamik dan berkualiti.

Katanya, Nike turut mengeluarkan jersi yang akan digunakan di tempat lawan berwarna ungu dan ia cukup istimewa kerana diilhamkan daripada kenderaan jenis Ferrari milik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Kami bangga untuk terus menaja JDT dan seperti kita tahu pasukan ini bukan sahaja akan bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) malah akan membuat penampilan pertama pada aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL).

“Reka bentuk jersi berkenaan juga direka mengikut potongan badan pemain selain memberi keselesaan di bahagian bahu. Malah jersi itu lebih ringan dan mengikut falsafah JDT iaitu bergerak ke hadapan maka kami juga seiring dengan pasukan itu,” kata Ernest.

Jersi berteknologi tinggi bukan sahaja akan dipakai skuad Harimau Selatan malah ia membabitkan Johor Darul Ta’zim II (JDT II), skuad Piala Presiden, skuad Piala Belia dan pemain Akademi JDT dan harga jersi pemain adalah RM549 manakala replika jersi untuk penyokong adalah RM185.

Presiden JDT, Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim berkenan melancarkan jersi baharu yang akan dipakai skuad Harimau Selatan pada saingan Liga M dan ACL.

Lebih 1,000 penyokong JDT membanjiri Dataran Bandaraya Johor Bahru bagi melihat jersi baharu bagi musim 2019 secara dekat selain turut membeli replika jersi berkenaan.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Mohd Khuzzan Abu Bakar, Presiden Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim dan Setiausaha Kehormat JDT, Kapten Fahmy Yahya.

Sumber : BHarian Online

MAJLIS PELANCARAN JERSI BAHARU KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM MUSIM 2019

Satu majlis pelancaran jersi baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim musim 2019 telah diadakan pada 12hb Januari 2019 bertempat di Dataran Bandaraya Johor Bahru, Johor.

Nike meneruskan tajaannya kepada JDT untuk musim 2019 (yang bermula sejak tahun 2017)

membabitkan skuad utama JDT, JDT II yang beraksi di Liga Premier , JDT III yang beraksi pada saingan Piala Presiden, dan skuad JDT IV yang beraksi untuk Piala Belia. Pada tahun ini, Nike turut berbesar hati menambah tajaannya dengan menaja skuad Akademi JDT.

Pelancaran jersi baharu ini disempurnakan oleh YAM Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim, Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Ernest Rodridgues, Pengurus Pemasaran Sukan Nike Malaysia/ Thailand, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim serta Setiausaha Kehormat JDT, Kapten Fahmy Yahya.

Untuk musim 2019, JDT hanya akan menggunakan jersi ‘Home’ dan jersi ‘Away’ terbaharu yang direka khas dari Ibu Pejabat Nike di Amerika Syarikat. Pasukan pereka grafik ini juga adalah pasukan yang sama mereka jersi untuk kelab Barcelona, Paris, Saint-Germain dan skuad kebangsaan Brazil.

Tambahan lagi, Nike dan pihak pengurusan kelab telah membuat keputusan untuk memperkenalkan dua varian bagi rekaan kali ini iaitu varian Jersi Authenthic (Player Issue) dan Varian Jersi Replika (Fans Issue).

▪️HOME: BAJU BIRU MERAH – SELUAR BIRU – STOKIN MERAH

▪️AWAY: BAJU UNGU – SELUAR HITAM – STOKIN HITAM

Jersi varian ‘Player Issue’ ini akan menampilkan rekaan dan kualiti material yang terbaik pernah dihasilkan untuk JDT oleh Nike selain mempunyai potongan baju mengikut badan pemain (Body Fit).

Ia dilengkapi dengan teknologi pembuatan terbaru dari Nike dan lebih ringan untuk keselesaan pemain. Jersi varian ‘Player Issue’ yang berharga RM549 ini akan digunakan eksklusif oleh skuad utama JDT.

Varian kedua pula iaitu ‘Fans Issue’ lebih kepada untuk memenuhi permintaan dan keselesaan penyokong. Varian jersi ini menyamai rekaan varian ‘Player Issue’ tetapi berbeza dari segi teknologi pembuatannya, kadar keregangan dan jenis fabrik, untuk menjadikannya lebih murah tetapi masih

berkualiti. Varian ini boleh didapati dengan harga RM185 dimana ia lebih murah daripada varian ‘Player Issue’.

Untuk 2019, jersi pasukan JDT terbaharu akan memperagakan lambang harimau yang penuh sejarah, bertenaga dan menjadi kebanggaan negeri Johor. Ia direka dengan grafik penuh yang terkandung warna-warna bendera negeri Johor.

Manakala jersi ‘Away’ mengambil inspirasi dari La Ferrari berwarna ungu milik DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sinonim dengan kelajuan, kekuatan dan elegen.

Para penyokong boleh mendapatkan kedua rekaan jersi ini sejurus selepas majlis gimik pelancaran diadakan. Harga bagi kedua-dua jersi ini boleh didapatkan pada harga RM185.00 sehelai.

Para penyokong juga boleh mendapatkan jersi tersebut di pejabat Southern Tigers Sdn Bhd (STSB) di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin serta pengedar-pengedar berdaftar STSB.

(Photo by Salehuddin Arsat/TPS)

Sumber : The Photoshooterz’s

LaFerrari

Jentera berkenaan yang hanya ada 499 unit di dunia. LaFerrari ini dijanakan oleh enjin 6.3 liter V12 yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 789 hp pada 9,000 rpm dan tork 700 Nm pada 6,750 Nm. 

LaFerrari ini turut dilengkapi dengan cakera karbon seramik Brembo pada bahagian hadapan (398 mm) dan belakang (380 mm). Ia juga dipadankan dengan suspensi double wishbone pada bahagian hadapan dan multi-link di belakang. Memantapkan lagi pengendaliannya, ia turut dipadankan dengan tayar Pirelli P Zero Corsa 265/30 R19 di hadapan dan 345/30R20 di belakang. 

Bagi setiap pembelian LaFerrari, pembeli boleh menyertai Ferrari Personalisation Programme, bagi mendapatkan lebih banyak pilihan pengkhususan (customisation). Seperti LaFerrari milik TMJ ini, ia diwarnakan dengan bayangan ungu gelap, dipadankan bersama warna hitam pada bahagian bumbung dan roda, bukannya warna klasik Rossa Corsa seperti kebiasaannya.

Sumber : Paultan.Org

Komen Anda?
Related Post
JDT Lancar Jersi Baharu Musim 2020

KELAB Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan melancarkan jersi baharu bagi musim 2020 ‘Legacy Read more

Johor Tetap Peneraju

Kepada semua pembenci kelab bolasepak JDT, tidak perlu berlaku hipokrit. Nyatakan lah kebenaran. Luahkah isi Read more

Stadium Tercanggih Di Asia Tenggara

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan merasmikan stadium baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim Read more

Syukur & Alhamdulillah, Qari Cacat Penglihatan Johan Tilawah Al-Quran 1441H/ 2020M

QARI cacat penglihatan dari Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dan qariah dari Perak, Puteri Kalimatul Read more