Jersi Baharu Harimau Malaya 2022-2024

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Nike hari ini memperkenalkan jersi terbaharu Harimau Malaya!

🇲🇾 MALAYSIA 2022-2024
Home & Away Kit

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Harimau Malaya tampil memperkenalkan jersi terbaharu edisi 2022-2024 daripada Nike yang bertemakan ‘Demi Lencana Di Dada’ iaitu semangat juang bermain untuk negara mengatasi segalanya.

Jersi utama atau jersi ‘home’ edisi kali ini kekal menggunakan warna kuning sebagai warna dominan dengan hanya bahagian kolar bulatnya berwarna hitam manakala jersi kedua atau jersi ‘away’ juga terus dikekalkan warna hitam sebagai warna dominan.

Majlis pelancaran kedua-dua jersi tersebut telah berlangsung di Football Republic Sunway Pyramid, Selangor, hari ini dengan disempurnakan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin.

Video pengenalan jersi baharu Harimau Malaya itu turut disiarkan serentak di kesemua platform media sosial rasmi FAM iaitu di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

Ia menampilkan tujuh pemain skuad Harimau Malaya terdiri daripada penjaga gol – Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, V. Ruventhiran, Nazmi Faiz Mansor, Safawi Rasid, Ahmad Khuzaimi Piee, Brendan Gan dan Akhyar Rashid.

Menurut Datuk Haji Hamidin, jersi ‘home’ kali ini memang reka bentuknya akan dinilai oleh peminat bola sepak negara sebagai terlalu ringkas, namun ia sebenarnya membawa maksudnya yang tersendiri.

“Kalau jersi ‘home’ kita sebelum ini berkolar dan mempunyai sedikit warna hitam di lengan dan bahagian sisi, jersi ‘home’ kali ini tampil lebih unik sebenarnya apabila keseluruhan jersi berwarna kuning dan hanya di bahagian kolar bulatnya sahaja berwarna hitam.

Jersi baharu edisi 2022-2024 ini akan mula diguna pakai apabila skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon turun pada dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Kemboja dan Maldives pada 9 dan 14 Disember 2022, seterusnya pada aksi Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 dari 20 Disember 2022 hingga 16 Januari 2023.

Jersi baharu Harimau Malaya ini sudah boleh didapati mulai hari ini, 17 November 2022 secara eksklusif di Football Republic Sunway Pyramid dan secara dalam talian di www.nike.com/my dan Nike App.

Ia disusuli penjualan secara menyeluruh di outlet terpilih Al-Ikhsan Sports dan Football Republic seluruh negara serta di www.al-ikhsan.combermula minggu depan iaitu pada Khamis, 24 November 2022.

Jersi ‘home’ dan ‘away’ edisi 2022-2024 ini, masing-masing dijual pada harga RM299 sehelai.

Sumber : FAM

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?