fbpx

Jenazah Nur Dinie Damia Selamat Dikebumikan Di Pontian Johor

BERSEMADILAH DENGAN TENANG DIK, AL-FATIHAH~

Photo By : Bernama

Jenazah Nur Dinie Damia selamat dikebumikan

Jenazah Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain yang meninggal dunia pada jam 10.41 malam tadi disyaki akibat jangkitan Influenza A selamat dikebumikan kira-kira jam 10.15 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Parit Haji Siraj Darat, Kampung Kayu Ara Pasong Pontian, Johor, laporan Wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Muzik: www.bensound.com

Jenazah Nur Dinie Damia selamat dikebumikan

PONTIAN – Jenazah Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain yang meninggal dunia pada jam 10.41 malam tadi disyaki akibat jangkitan Influenza A selamat dikebumikan kira-kira jam 10.15 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Parit Haji Siraj Darat, Kampung Kayu Ara Pasong di sini.

Murid Tahun Satu berkenaan sebelum ini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Terdahulu, solat jenazah dilakukan di rumah datuknya di Kampung Parit Sirat sebelum diiringi kedua ibu bapanya Muhammad Noor Ain Dahalan, 38 dan Nur Azlina Ahmad, 34, ke tanah perkuburan.

Sinar Harian yang berada di lokasi berkenaan juga mendapati kira-kira 100 ahli keluarga dan saudara terdekat turut hadir mengiringi jenazah kanak-kanak itu buat kali terakhir.

Bagaimanapun, usaha pemberita untuk mendapatkan komen daripada ahli keluarga tidak berjaya kerana ibu bapa kanak-kanak itu enggan mengulas lanjut mengenai kematian berkenaan.

Sinar Harian semalam melaporkan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal memberitahu, dakwaan mengenai kanak-kanak itu yang terjejas akibat wabak Influenza A tidak benar dan dibuktikan melalui ujian pengesahan Polymerase Chain Reaction (PCR).

Menurutnya, ujian dilakukan di HSA mendapati Nur Dinie Damia negatif Influenza A tetapi mengalami masalah kegagalan buah pinggang dan hati.

Alhamdulillah…. Anak syurga,anak buah uncle Nur Dinie Damia binti Muhamad Nor ain telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Haji Wahab, Kg Parit Haji Sirat, Pontian Johor…..Terima kasih atas doa semua rakan2 & sedara mara.Semoga dia damai di sana…

Komen Anda?
Related Post
Salam Takziah Buat Ahli Keluarga Pengasas Kicap Jalen

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un" اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ Read more

Al-Fatihah, Pelakon Ashraf Sinclair Meninggal Dunia

Selepas kira-kira seminggu kita dikejutkan dengan kehilangan Abam, hari ini berita duka lagi, Ashraf Sinclair Read more

Al-Fatihah, Bapa Terlupa Anak Dalam Kereta

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali. Read more

Al-Fatihah, Tiga Termasuk Dua Kanak-Kanak Lemas

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali. Read more