JDTII Mengumpul 14 mata Di Tempat Ketiga, Selepas ‘Abang’, ‘Adik’ Pula Dibelasah

LIGA PREMIER MALAYSIA 2020 | 20 SEPTEMBER 2020

SELANGOR 2 [1-6] JDT II
(Ahmad Danial Asri 57’)
(Nicolás Alberto Fernández 21’, 33’ / Fernando Rodriguez Ortega 25’, 49’ / Che Rashid Che Halim 69’ / Syazwan Andik 71’)

Selepas ‘abang’, ‘adik’ pula dibelasah

KUALA LUMPUR: Penyokong Selangor pasti tidak gembira dalam tempoh dua hari ini pada ketika peminat Johor Darul Ta’zim (JDT) senyum hingga ke telinga.

Selepas Red Giants diratah 6-1 oleh JDT dalam aksi Liga Super semalam, hari ini giliran ‘adik’ mereka pula berdepan nasib serupa.

Selangor II dimalukan juga dengan keputusan 6-1 oleh JDT II dalam saingan Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Dua jaringan menerusi Nicolas Fernandez dan Fernando Rodriguez membantu JDT II melakar kemenangan sensasi.

Dua lagi gol JDT II disempurnakan oleh Che Rashid Che Halim dan Syazwan Andik, manakala Danial Asri menjaringkan gol saguhati Selangor II.

Kekalahan terbaharu itu meletakkan Selangor II di tangga kelima dengan 10 mata, manakala JDT II yang mengumpul 14 mata di tempat ketiga.

Sumber : Utusan Online

📊 KEDUDUKAN LIGA PREMIER – PUSINGAN LP8

Photo By MFL

📊 KEDUDUKAN CIMB LIGA SUPER – PUSINGAN LS8

Photo By MFL

Abang boleh buat, adik pun sama naik! Terbaik JDTII