JDT Umun Cuti Peristiwa Ahad Ini

Ahad, 27 November diumum sebagai cuti peristiwa bagi Johor sempena kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, cuti khas itu bagi menghargai sokongan padu rakyat negeri itu terhadap skuad Harimau Selatan. 

“Tahniah JDT yang telah mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 pada Sabtu ini, 26 November.

“Sama-sama kita ramai-ramai hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil esok bagi terus memberi sokongan padu kepada pasukan JDT.

“Menjunjung Kasih Kebawah Duli Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang telah memberi perkenan bagi meraikan kejayaan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 20 November lalu, JDT dilapor menepati ramalan untuk mara ke final TM Piala Malaysia 2022 apabila menewaskan Sabah FC 3-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan itu mara dengan agregat 4 -1 hasil kemenangan 1-0 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Likas, Kota Kinabalu, 15 November lalu.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?