JDT Tumpaskan PJ City FC 3-0

Perlawanan Ke-8 buat kedua-dua pasukan untuk musim Liga Super 2021.

Benjamin Mora telah menyenaraikan kesebelasan yang hampir sama ketika pasukan kendaliannya menewaskan Sabah FC pada perlawanan yang lalu.

Kesebelasan JDT: Farizal Marlias, Adam Nor Azlin, Syamer Kutty Abba, Aidil Zafuan (C), Bergson da Silva, Leandro Sebastián Velázquez, Gonzalo Cabrera, S. Kunanlan, La’Vere Corbin-Ong, Natxo Insa, Arif Aiman Hanapi

Juara Liga Super tujuh musim berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan kedudukan di tangga teratas liga selepas berjaya menundukkan PJ City FC 3-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Johor, sebentar tadi.

Photo by The Photoshooterz

Lilitan Ketua Pasukan telah diserahkan semula kepada Aidil Zafuan yang direhatkan pada perlawanan yang lalu.

Dalam perlawanan malam ini menyaksikan JDT menurunkan penjaga gol utama mereka, Farizal Marlias. Adam Nor Azlin dan S. Kunanlan juga turut diberi kepercayaan sekali lagi berada dalam kesebelasan utama JDT malam ini.

Tuan rumah menguasai permainan sejak awal dan membuka jaringan seawal minit pertama menerusi pemain import Gonzalo Cabrera.

1′ Gol | Gonzalo Cabrera menanduk masuk gol pertama malam ini seawal saat ke-39!

DUA GOL BERGSON BENAM PJ CITY FC

Bergson pula berjaya mempamirkan wataknya sebagai pemusnah, apabila berjaya mendapatkan gol kedua JDT pada minit ke-20 permainan. Ia berlaku apabila Syamer Kutty Abba berjaya memintas bola hasil kesilapan pertahanan PJ City sebelum melorongkan kepada Bergson.

20′ Gol | Bergson da Silva menggandakan kedudukan untuk JDT!

Selang 10 minit selepas itu, Bergson sekali lagi berjaya menghukum barisan pertahanan PJ City apabila mudah menolak masuk umpanan oleh Cabrera untuk gol ketiga tuan rumah.

30′ Gol | Bergson menambah gol ketiga JDT dengan jaringan kelapan peribadinya musim ini!

Dengan kemenangan ke atas PJ CITY FC, JDT kekal di tangga teratas liga dengan mengutip 20 mata, 4 mata di hadapan Kedah Darul Aman FC.

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS8

Photo by MFL

📊 KEDUDUKAN LIGA PREMIER – LP8

Photo by MFL

 222 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?