JDT Tumpas 0-1 Kepada Terengganu FC

Skuad Penyu menangis kegembiraan apabila mencipta sejarah menjadi pasukan pertama menewaskan penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-0 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini pada aksi Liga Super sebentar tadi.

Ini adalah kekalahan pertama JDT dalam aksi Liga Super pada musim ini sekali gus menamatkan rekod 21 perlawanan tanpa kalah.

TFC lebur rekod JDT

ISKANDAR PUTERI: Rekod tanpa kalah 21 perlawanan Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya lebur selepas tewas tipis 0-1 kepada Terengganu FC (TFC) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.

Gol tunggal yang dihasilkan Mohamad Hakimi Abdullah pada babak kedua sudah memadai buat skuad yang bergelar Penyu melonjak ke tangga kedua liga selepas mengumpul 21 mata dan hanya ketinggalan dua mata dengan JDT yang masih berada di tangga teratas liga.

Apapun, corak permainan skuad kendalian Benjamin Mora bagaikan tidak menjadi pada perlawanan itu selepas pada babak pertama kehilangan dua tonggak utama, S Kunanlan yang dikeluarkan pada minit ke-17 disusuli Mauricio Nascimento pada minit ke-32.

Situasi itu memaksa Mora melakukan rombakan dengan mempertaruhkan Matthew Davies dan Syamer Kutty Abba bagi mengimbangi kekuatan skuad kendalian Nafuzi Zain yang beraksi konsisten dalam perlawanan itu.

Dalam perlawanan itu, tuan rumah mengundang cemas di benteng pelawat pada minit ke-22, selepas bola sepakan sudut Leandro Velazquez disambar Bergson Da Silva yang merembat bola deras namun sekadar melepasi palang gol.

Sumber : Berita Harian

Photo by The Photoshooterz

57′ GOL | Pemain muda Terengganu, Hakimi Abdullah memecah kebuntuan di Stadium Sultan Ibrahim!

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS10

Photo by MFL

📊 KEDUDUKAN LIGA PREMIER – LP10

Photo by MFL
Komen Anda?