JDT Tewas Kepada Pohang Steelers

Johor Darul Ta’zim (JDT) gagal menambah mata pada aksi Kumpulan G saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dengan keputusan selepas tewas 4-1 kepada kelab Korea, Pohang Steelers, di Stadium Rajamangala, Bangkok. sebentar tadi.

Sebelum ini Pohang Steelers mencatat kemenangan 2-0 pada perlawanan pertama sebelum tewas kepada Nagoya Grampus dengan keputusan 3-0 pada perlawanan kedua peringkat kumpulan. JDT pula tewas kepada Nagoya 1-0 dan kemudiannya menang ke atas Ratchaburi dengan keputusan 1-0.

Photo by #ACL2021

🇰🇷 Pohang Steelers 4-1 Johor Darul Ta’zim 🇲🇾

Gol JDT dijaringkan oleh Leandro Velazquez pada minit ke-17 selepas rembatannya dari luar kotak terbias mengenai pertahanan Sri Pohang Steelers dan terusnya masuk ke gawang gol.

Selepas menjaringkan gol buat JDT, Leandro Velázquez memberikan penalti pula kepada pasukan lawan. Gol penyamaan Pohang melalui Penalti pada minit 27

Sri Pohang Steelers menjaringkan gol penalti kedua dalam tempoh 8 minit selepas penalti pertama. Penalti yang diselamatkan Farizal diangkat semula selepas penjaga garisan mengesahkan Farizal keluar dari line lebih awal.

Pohang Steelers mengukuh kedudukan dengan menjaringkan gol ke 3 pada minit ke 82 selepas berjaya melepasi perangkap offside pasukan JDT.

Pohang Steelers dihadiahkan sepakan penalti ketiga perlawanan selepas Matthew Davies mengasari Alex Grant pada minit akhir perlawanan dan Lim Sang-hyub tidak berdepan masalah memastikan kemenangan

Kekalahan itu meletak skuad Harimau Selatan di tangga ketiga dengan tiga mata dan kelab Korea Selatan itu melonjak ke tangga kedua selepas mengumpul enam mata manakala Nagoya Grampus kekal selaku pendahulu kumpulan selepas membelasah Ratchaburi FC 4-0 pada aksi terdahulu.

Jadual perlawanan Johor Darul Ta’zim untuk Kumpulan G, AFC Champions League

01/07: 🇰🇷 Pohang Steelers.

Hidup Johor Demi Johor

Komen Anda?