JDT Teruskan Rentak Cemerlang, Belasah KL City FC 5-0

Dua jaringan Bergson Da Silva dan satu dari Leandro, Forestieri dan Safawi memastikan Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar kemenangan bergaya dengan menumpaskan KL City 5-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.

Kemenangan itu membolehkan JDT mengumpul 35 mata untuk melebarkan penguasaan di puncak liga dengan Sabah FC sebagai pencabar terdekat di kedudukan kedua.

Tindakan Giancarlo Gallifuoco yang mengasari Fernando Forestieri di dalam kotak penalti membawa padah selepas pengadil perlawanan, Mohd Fusser Mad Salleh tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti.

7′ GOL | Bergson da Silva menyempurnakan sepakan penalti untuk gol pendahuluan di Stadium Sultan Ibrahim.

Jaringan itu ternyata menambah semangat JDT untuk memburu gol kedua, sebaliknya KL City FC tampak lebih banyak bertahan di kawasan sendiri.

Corak permainan pantas JDT nyata memberi impak kepada rentak KL City yang sesekali dilihat cuba bangkit mengawal tempo permainan.

Bergson sekali lagi merobek gawang pasukan pelawat.

25′ GOL | Bergson meledak sekali lagi untuk gol ke-16 peribadinya musim ini!

Bersambung babak kedua, anak didik Bidoglio tidak menunggu lama untuk menambah derita KL City FC apabila dihadiahkan sepakan penalti kedua pada perlawanan itu selepas Muhammad Anwar Ibrahim menjatuhkan Arif Aiman Hanapi di dalam kotak penalti.

54′ GOL | Leandro Velazquez melebarkan kedudukan tuan rumah dengan sepakan penalti ini.

Ternyata KL City FC gagal menyaingi kehebatan JDT apabila merelakan gol keempat tuan rumah selepas gerakan menarik satu dua Forestieri dan Velazquez yang kembali mengumpan bola kepada bekas pemain kelab Udinese itu menolak bola menewaskan Mendoza untuk meletakkan kedudukan 4-0 memihak anak didik Bidoglio.

71′ GOL | Tiki taka! Fernando Forestieri menambah gol keempat JDT hasil gerakan serangan menarik ini!

Pemain gantian, Safawi Rasid yang sekian lama tidak menjaringkan gol akhirnya kembali menemui sentuhan penyudah apabila bola rembatan deras dari jarak 25 meter pada minit ke-84 hasil umpanan Nathaniel Shio tepat ke penjuru kanan gol menewaskan Mendoza dan kedudukan 5-0 memihak JDT kekal sehingga tamat perlawanan.

84′ GOL | Safawi Rasid melepaskan rembatan dari luar kotak penalti untuk gol kelima JDT!

📊 KEDUDUKAN – LS14

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?
%d bloggers like this: