JDT Terus Ungguli Liga Super Malaysia 2019, Kekal Rekod Tanpa Kalah

Wow Terbaik la BOS gi stadium pakai baju melayu siap sampin..??

Credit : Harimau Selatan

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan kedudukan di puncak Liga Super selepas membenam cabaran Kedah 2-0 dalam aksi di Stadium Tan Sri  Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.

2019 MALAYSIA SUPER LEAGUE | 26 MAY 2019

JDT [2-0] KEDAH

(Leandro Sebastian Velezquez 33′ / Safawi Rasid 87′)

Alhamdulillah 3 mata yang disasarkan berjaya dijelmakan sebentar tadi apabila skuad kita berjaya menewaskan Kedah dengan keputusan 2-0 . Bersambung babak kedua JDT meneruskan dominasi dengan pemilikan bola sekitar 75 % dan berjaya menambah 1 lagi gol . Kemenangan ini menyaksikan JDT melebarkan jurang mata dengan pencabar terdekat Pahang kepada 13 mata , dengan berbaki 7 lagi perlawanan untuk diharungi.

Ayuh Johor ! Misi Piala Liga Super ke-6 !

KEPUTUSAN MASA PENUH PERLAWANAN LS15 LIGA SUPER 2019

KEDUDUKAN TERKINI PUSINGAN LS15 LIGA SUPER 2019

JDT mudah baham Kedah

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan masalah untuk menyentap ego Kedah apabila menewaskan pasukan itu 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Dengan kemenangan itu, skuad Harimau Selatan kini berada di landasan terbaik untuk mengekalkan kejuaraan liga buat kali keenam berturut-turut selepas mengumpul 39 mata dan kekal dengan rekod tanpa kalah tatkala mengharungi 15 perlawanan liga.

Aksi JDT dan Kedah pada awal babak pertama tampak seimbang tatkala kedua-dua pasukan saling menyusun strategi menggempur benteng masing-masing untuk memburu gol pertama.

Apapun pelawat mengundang cemas di pintu gol tuan rumah pada minit ke-12 selepas sepakan lencong Farhan Roslan nyaris menerjah gawang.

Walaupun tuan rumah cuba menyusup masuk dengan gerakan pantas namun corak permainan kompak yang dipratikkan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak tampak menyukarkan barsan serangan anak didik Benjamin Mora untuk mencari ruang melakukan percubaan berbahaya.

Bagaimanapun asakan berterusan tuan rumah akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-33 selepas Velazquez yang tidak dikawal bertindak pantas melakukan sepakan lencong tepat ke penjuru kanan gol menewaskan penjaga gol, Mohd Ifwat Akmal Che Kassim.

Ifwat hampir tertewas pada minit ke-36 selepas keluar daripada posisi yang menyaksikan Safawi Rasid yang lebih awal menyambar bola bertindak menyepak tepat ke gawang namun Mohd Shakir Hamzah sempat mengejar bola dan pantas menendang keluar sebelum bola masuk ke gawang.

Pada babak kedua, tuan ruman bagaikan belum berpuas hati dengan gol tunggal yang dicipta pada babak pertama apabila kerap memberi tekanan terhadap benteng pertahanan lawan dan hampir mencipta jaringan pada minit ke-52 namun bola sepakan Diogo Luis Santo melepasi palang gol.

Skuad Lang Merah bagaikan tidak mampu untuk memberi tentangan kepada skuad Harimau Selatan apabila jarang beri ancaman kepada benteng tuan rumah malah tiada percubaan berbahaya yang memberi ancaman kepada penjaga gol, Farizal Marlias yang jelas tidak diuji dalam perlawanan itu.

Malang buat pelawat apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Rizal Ghazali dilayangkan kad merah pada minit ke-67 selepas mengutip dua kad kuning kerana mengasari Luis Santo.

Kesempatan itu menyaksikan Safawi memastikan kemenangan buat skuad Harimau Selatan pada minit ke-86 selepas merembat bola kencang menewaskan Ifwat yang gagal menyelamat bola daripada menerjah jaring dan kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Sumber : Harian Metro

“Bagi saya antara ‘game’ terbaik dalam liga musim ini,”

Berikut merupakan antara komen daripada pengurus pasukan JDT, Luciano Figueroa selepas tamat perlawanan #JDTKED sebentar tadi.

Komen Anda?