JDT Terus Unggul Di Tangga Teratas Liga Super 2021

Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar tiga kemenangan berturut-turut dan sekali gus kekal di tangga teratas Liga Super pasti memberi lebih keyakinan buat juara liga tujuh musim berturut-turut itu mengintai kejuaraan kelapan pada musim ini.

Kemenangan dikecapi skuad Benjamin Mora dengan menewaskan UiTM FC 3-1 pada Ahad lalu, disusuli keputusan serupa ke atas Selangor FC ternyata beri kekuatan moral buat setiap pemain untuk meneruskan rentak cemerlang.

Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan rentak kemenangan selepas mudah menewaskan PERAK FC 5-0 untuk kekal di tangga teratas pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.

JDT yang turun pada aksi ke-16 saingan liga dan kemenangan amat ditagih ketika saingan musim ini hanya berbaki enam perlawanan dengan semua perlawanan itu tampak berliku.

Perlawanan pada babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan mencari rentak mengatur serangan ke kubu lawan masing-masing.

JDT kemudiannya mengatur gerak untuk cuba mencipta peluang dengan mengasak kubu pertahanan Perak FC.

Bola umpanan Gonzalo Cabrera membolehkan Bergson Da Silva menyusup masuk ke dalam kotak penalti pelawat sebelum merembat bola leret tepat ke penjuru kiri gol bagi menewaskan Muhammad Azri Ab Ghani.

Kedudukan 1-0 yang memihak kepada tuan rumah kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Sebaik babak kedua bermula, tuan rumah tidak menunggu lama apabila mencipta jaringan pada minit ke-46 selepas Bergson menjaringkan gol kedua apabila menyudahkan bola umpanan Safawi Rasid menewaskan Muhammad Azri.

Bergson mencipta hatrik pada minit ke-58 selepas menerima bola umpanan Matthew Davies dan pemain import dari Brazil itu sempat mendada bola sebelum memusing badan dan menolak bola menewaskan Muhammad Azri.

Tuan rumah terus menambah derita skuad The Bos Gaurus pada minit ke-83 selepas benteng pertahanan pelawat gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dan kesempatan itu diambil Cabrera yang merembat bola kencang untuk meletak kedudukan 4-0.

Ketika aksi berbaki lima minit untuk ditamatkan tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti dan Cabrera yang ditugaskan mengambil sepakan itu mudah merembat bola menewaskan Muhammad Azri dan kedudukan 5-0 memihak JDT kekal sehingga tamat perlawanan.

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS16

📊 KEDUDUKAN LIGA PREMIER – LP15

Dua penjaring terbanyak #LigaSuper2021 setakat malam ini.

🟦🟥 Bergson da Silva – 16 gol 🟥🟨 Ifedayo Omosuyi – 16 gol

Next Game JDT #LS17

Komen Anda?