JDT Terima Kunjungan Persis Solo

Delegasi dari kelab Liga 1 Indonesia, Persis Solo hari ini telah berada di Johor Bharu. Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menerima kunjungan dari kelab Liga 1 Indonesia, Persis Solo pada hari ini, 11 November 2022.

Delegasi tersebut yang terdiri dari barisan kejurulatihan dan kakitangan telah diberi penerangan dan dibawa melawat fasiliti-fasiliti JDT seperti Pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam dan Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri. Luaskan Kuasamu Johor.

Saksikan perlawanan persahabatan antarabangsa antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kelab Liga 1 Indonesia, Persis Solo pada hari Sabtu, 12 November 2022 jam 9.00 malam.

Tentunya ini berita baik untuk para penyokong skuad Harimau Selatan apabila Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim dan kemasukan untuk para penyokong adalah percuma. Luaskan Kuasamu Johor.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?