JDT Terima Kunjungan Delegasi Pahang Rangers FC

JDT TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI PAHANG RANGERS FC

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pada hari ini menerima kunjungan dari delegasi Pahang yang diketuai oleh KDYMM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Pemangku Raja Pahang. Turut serta adalah presiden Pahang Rangers, YAM Tengku Fahd Mua’adzam ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Tengku Arif Temenggong Pahang.

Delegasi tersebut yang diiringi oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan pemilik JDT turut dibawa melawat Pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam dan Ibu Pejabat JDT. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor

Pahang Rangers FC

Terima kasih Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyantuni kehadiran delegasi Pahang Rangers diketuai Penaung Diraja PRFC KDYMM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah dan Presiden kelab YAM Tengku Fahd Mua’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Komen Anda?