JDT Seri & JDTII Menang “Video Jaringan”

“ONE MINUTE SILENCE” SEBELUM SEPAK MULA PADA PERLAWANAN MALAM INI

Terima kasih diucapkan kepada pihak Malaysia Football League yang telah meluluskan permohonan pihak kami untuk mengadakan tafakur ( one minute silence ) / sedekah Al-Fatihah kepada Allahyarham Abdul Bari Asyraf Mohd sebelum sepak mula bagi perlawanan Terengganu FC menentang Johor Darul Takzim pada malam ini. Segala pengorbanan Allahyarham semestinya akan dikenang oleh seluruh rakyat Terengganu dan Malaysia.Terima kasih pihak Terengganu Football Club Jasa anda amat kami sekeluarga hargai.. Alhamdulillah

Sumber : Aries Gurlzunifi LIGA SUPER MALAYSIA 2019 | 15 FEBRUARY 2019

TERENGGANU FC [2-2] JDT

(Khairul Izuan Rosli 7′ / Kamal Azizi Zabri 89′)

(Safawi Rasid 62′ (pen) / Diogo Luís Santo 68′)

Gol pendahuluan seawal minit ke-7 menjadi milik pasukan tuan rumah setelah gerakan cantik berjaya melepaskan Khairul Izuan untuk membolosi gawang JDT. Beberapa keputusan kontroversi daripada pengadil perlawanan turut menghangatkan suasana perlawanana. JDT berjaya memperolehi peluang untuk menyamakan kedudukan namun sepakan penalti Diogo Santo tersasar.

Jaringan dramatik Kamal Azizi pada minit ke-90 memberikan satu mata buat Terengganu FC. Setelah segala usaha yang diberikan apabila ketinggalan menerusi jaringan Safawi dan Diogo. 3 mata penuh hampir diperolehi setelah jaringan pada masa tambahan yang dijaringkan Igor dibatalkan akibat offside.

Satu perlawanan yang sangat mendebarkan berjaya diharungi oleh JDT dan persembahan yang menarik berjaya dipamerkan oleh Kedua2 pasukan.

1 mata berharga dibawa pulang ke Johor Bahru. Nampak JDT bermain tidak seperti 2 perlawanan sebelum ini. Mungkin faktor bermain di tempat lawan. Mencuba Syafiq Ahmad sebagai atacking seperti tidak menjadi. Kemasukan Aaron Niguez baru nampak gerakan yang menarik dari bahagian tengah.

Starting Lineup

TFC: Suffian Rahman Kungi Raman, Kamal Azizi Zabri, Lee Andrew Tuck, Chanthacheary Bin, Ahmad Syamim Yahya, Sanjar Shaakhmedov, Khairul Izuan Rosli, Nasrullah Haniff Johan, Adib Aizuddin Latif, Kipré Tchétché (C), Igor Zonjic

Substitute: Ilham Amirullah Razali, Radhi Yusof, Malik Ariff, Khairu Azrin Khazali, Khairul Anwar Shahrudin, Hasnizaidi Jamian, Ashari SamsudinJDT: Farizal Marlias, Aidil Zafuan, Diogo Luís Santo, Safawi Rasid, Gonzalo Cabrera, Hariss Harun (C), Syamer Kutty Abba, Azrif Nasrulhaq, La’Vere Corbin-Ong, Syafiq Ahmad, Maurício dos Santos Nascimento

Substitute: Izham Tarmizi, Adam Nor Azlin, Afiq Fazail, Hazwan Bakri, S. Kunanlan, Aarón Ñíguez, Akhyar Rashid

CARTA KEDUDUKAN unifi LIGA SUPER MALAYSIA 2019

Log on to http://msl.johorsoutherntigers.com.my

2019 MALAYSIA PREMIER LEAGUE | 15 FEBRUARY 2019

JDT II [2-1] PERLIS

(Bruno Soares 72’ / Nicolás Fernández 90’)

(Kevin Osei 85’)

SYAZWAN ANDIK BUAT PENAMPILAN PERTAMA 2019, TETAPI BERSAMA JDT II

Pemain pertahanan Syazwan Andik Ishak yang menyertai JDT setelah membatalkan kontrak bersama KL pada awal bulan Januari lalu, akhirnya membuat penampilan sulung musim ini.

Tetapi Syazwan Andik turun beraksi bukan bersama JDT, sebaliknya bersama pasukan ‘feeder’, JDT II yang menentang Perlis dalam aksi Liga Premier.Syazwan tidak berada dalam senarai 18 pemain JDT mahupun JDT II dalam dua perlawanan pertama kerana masalah kecergasan, dan difahamkan dia diturunkan bersama JDT II malam ini adalah untuk membolehkan dia kembali mendapatkan ‘angin’ selain menjadi pengganti Dominic Tan yang kini bersama skuad B22 kebangsaan.

Sumber : La Bola Malaya

All Photo: Johor Southern Tigers & TFC

Video:-

Komen Anda?