JDT Rakam Kemenangan Ke Atas Kelantan FC

Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan masalah membenam Kelantan FC 3-0 pada saingan Suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, malam ini.

Perlawanan jelas memihak JDT selaku juara 2022 yang menguasai keseluruhan permainan malah skuad Harimau Selatan mula menemui rentak kemenangan hasil Tandukkan Bergson Da Silva pada babak pertama hasil sepakan penjuru.

JDT yang tidak menyenaraikan beberapa tonggak penting dalam kesebelasan utama termasuk, Natxo Insa dan Fernando Forestieri berada di depan pada minit ke-29 menerusi jaringan Bergson Da Silva yang menanduk masuk bola sepak sudut Leandro Velazquez.

Bergson menanduk masuk sepakan penjuru Leandro Velazquez untuk gol pembukaan di Kota Bharu!

Lapan minit kemudian, Syafiq Ahmad menjarakkan kedudukan buat JDT apabila penyerang kebangsaan itu bijak menyudahkan hantaran lambung Afiq Fazail.

Hantaran lintang Afiq Fazail disudahkan oleh Syafiq Ahmad untuk gol kedua JDT!

Walaupun Kelantan dilihat cuba bangkit di babak kedua, namun JDT yang juga naib juara Piala Malaysia musim lalu semakin selesa apabila Velazquez meledak gol ketiga pada minit ke-73.

Leandro Velazquez mencatat gol ketiga JDT!

Keputusan 3-0 memihak JDT kekal sehingga tamat perlawanan.

Perlawanan seterusnya aksi suku akhir kedua 11 Nov 2022 Di Johor

TMPialaMalaysia2022

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?