fbpx

Johor Darul Ta’zim Muncul Juara Piala Malaysia 2019

Penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil yang di umumkan tadi adalah 82,400 penonton.

Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala Malaysia 2019 dengan menundukkan Kedah 3-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung  di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

PIALA MALAYSIA 2019 – FINAL | 2 NOVEMBER 2019

KEDAH [0-3] JDT

(Leandro Sebastián Velázquez 27′ / Safawi Rasid 35′ / Syafiq Ahmad 57′)

Piala Malaysia milik JDT

KUALA LUMPUR: Aksi final yang berat sebelah! Itu gambaran yang boleh diberikan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Ia susulan prestasi skuad Helang Merah yang seakan bukan tandingan buat Harimau Selatan selepas tewas mudah 3-0.

Namun, ini bukan kekalahan terbesar yang berlaku di pentas final Piala Malaysia dengan Kedah pernah menewaskan Perak 3-0 pada 2007 dan Singapura pernah meraih kemenangan 4-0 ke atas Pahang pada 1994.

Turun tanpa dua tonggak pertahanan, Renan Alves dan Rizal Ghazali, Kedah terus menerima tamparan hebat apabila kehilangan khidmat Azmeer Yusof yang terpaksa dikeluarkan hanya selepas 16 minit permainan akibat kecederaan.

Faktor itu mungkin menjadi antara punca benteng Kedah tampak mudah ditembusi jentera serangan JDT yang membuka tirai jaringan menerusi Leandro Velazquez pada minit ke-27.

Selain kelonggaran di bahagian pertahanan, anak buah Aidil Sharin Sahak juga dilihat buntu untuk mengatur serangan yang menyaksikan tidak banyak percubaan berbahaya dapat dilakukan pada terutama di babak pertama.

Sebaliknya, JDT yang jelas menguasai permainan berjaya mengukuhkan kedudukan selepas sepakan percuma Safawi Rasid gagal diselamatkan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim pada minit ke-35.

Kealpaan benteng pertahanan Kedah terus dihukum pada minit ke-58 menerusi jaringan Syafiq Ahmad untuk meletakkan JDT mendahului 3-0, sekali gus mengesahkan kemenangan bergaya Harimau Selatan.

Ia adalah kejuaraan Piala Malaysia kedua yang dimenangi JDT selepas turut menewaskan Kedah 2-0 di pentas final, dua tahun lalu.

Sumber :

Berita Harian

Komen Anda?
Related Post
Adik Dan Abang Bertarung Demi Lencana Di Dada

ADIK DAN ABANG BERTARUNG DEMI LENCANA DI DADA - thephotoshooterz Pasangan kembar sensasi bola sepak Read more

Hasil Kerjasama Erat Rakan Sepasukan – Safawi Rasid

"TAHNIAH SAFAWI RASID" Champions !! Safawi Rasid top goal scorer Safawi turut dapat sebagai Pemain Read more

Raja Permaisuri Agong Berkenan Menyampaikan Piala Malaysia 2019 Kepada Kapten Johor Darul Ta’zim

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyampaikan Piala Malaysia 2019 kepada Read more