JDT Meraikan Orang Kurang Upaya Di Stadium Sultan Ibrahim

Orang ramai berpeluang merasai pengalaman menaiki kenderaan mewah Hummer Limosin mengelilingi Stadium Sultan Ibrahim.

Hummer Limosin itu sejajar dengan hasrat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu stadium ikonik Harimau Selatan itu menjadi tumpuan orang ramai.

Pelbagai perancangan sedang dilakukan bagi memastikan Stadium Sultan Ibrahim menjadi lokasi kunjungan orang ramai termasuk keluarga dan kanak-kanak.

Semasa pandemik, kanak-kanak tidak boleh datang, jadi selepas ini mereka bebas berada di sini dengan SOP yang lebih terbuka.

JDT RAIKAN ORANG KURANG UPAYA DI STADIUM SULTAN IBRAHIM

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah meraikan Orang Kurang Upaya (OKU) dari Taman Sinar Harapan Jubli, Larkin pada hari ini, 24 Mei 2022 di Stadium Sultan Ibrahim. Mereka dibawa mengelilingi stadium serba canggih milik Harimau Selatan dengan menaiki JDT Hummer Tour.

Selain itu, apa yang saya sedia maklum dahulu Bagi memastikan yang terbaik buat para penyokong Harimau Selatan, laluan khas buat golongan kelainan upaya (OKU) disediakan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif JDT bagi memastikan penyokong daripada golongan OKU turut berpeluang merasai kehangatan perlawanan bola sepak di Stadium Sultan Ibrahim.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?