JDT Menjarakkan Mata, Tewaskan Sabah FC

LIGA Malaysia kembali meriah dengan kehadiran penonton ke stadium malam ini Selaras dengan kelulusan kerajaan membenarkan penonton masuk ke stadium bermula pusingan ketiga TM Piala Malaysia, mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Malaysian Football League (MFL) yang wajib dipatuhi penyokong Liga Malaysia.

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mendominasi carta Piala Malaysia 2021 selepas menewaskan Sabah FC, 2-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi.

Jaringan Hazwan Bakri & Gonzalo Cabrera cukup meletakkan JDT mengukuhkan lagi cengkamannya dengan 9 mata kekal di tangga teratas.

Skuad kendalian Benjamin Mora bermula garang dengan meledak gawang tuan rumah menerusi Hazwan Bakri, memberi kelebihan awal kepada JDT! Pada minit ke 5

Gonzalo Cabrera menolak masuk gol kedua pasukan pelawat pada minit ke 13 dengan menyempurnakan hantaran dari Leandro Velazquez.

Sabah cuba bangkit sepanjang baki permainan di separuh masa pertama hingga tiga minit tambahan, namun gagal mencipta sebarang gol untuk merapatkan jurang dengan JDT.

Bersambung babak kedua, skuad Sang Badak meneruskan lagi usaha untuk mencari gol namun masih gagal sehinggalah tamat permainan dengan empat minit masa tambahan diberikan pengadil.

Sabah berjaya mencipta peluang untuk merembatkan gol pada minit ke-86 apabila diberikan sepakan percuma di luar kotak penalti JDT, namun sepakan pemain import Levy Madinda yang disambut Park Taesu berjaya dipatahkan penjaga gol JDT, Farizal Marlias. 

Keputusan 2 – 0 membolehkan JDT membawa pulang tiga mata penuh, manakala Sabah terpaksa berputih mata di hadapan kira-kira 6,000 penyokong yang hadir di Stadium Likas.

📊 KEDUDUKAN PERINGKAT KUMPULAN – PM3

Skuad kendalian Benjamin Mora bakal bertemu sekali lagi menentang SABAH FC pada aksi keempat Kumpulan D pada 2 November 2021 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor jam 9.00 malam.

LuaskanKuasaMuJohor

Komen Anda?