JDT Mengukuhkan Kedudukan Serta Mengekalkan Rekod Tanpa Kalah

2021 MALAYSIA SUPER LEAGUE

SRI PAHANG [0-2] JDT
(Leandro Sebastián Velázquez 23′ / Bergson da Silva 90’+4)

Safawi Rasid Photo by JST

23′ GOL | Leandro Velazquez membuka tirai jaringan di Stadium Darul Makmur!

90+4′ GOL | Bergson menambah gol kedua JDT!

JDT tambah derita Sri Pahang

KUANTAN: Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan kedudukan di persada Liga Super selepas menewaskan Sri Pahang FC 2-0 di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi. 

Selaku pendahulu liga, JDT memulakan perlawanan dengan melancarkan serangan awal ke kubu tuan rumah. Biarpun JDT dilihat memberi tekanan kepada tuan rumah, pasukan bimbingan Dollah Salleh berjaya menyekat JDT daripada memasuki ke dalam kotak penalti. 

Tuan rumah yang jarang mendapat peluang hampir menjaringkan gol daripada Shahrul Nizam Mohd Nadzir tetapi bola sepakan pemain tengah itu berjaya ditepis penjaga gol JDT, Mohd Farizal Marlias pada minit ke-20. 

Tiga minit kemudian, Leandro Sebastian memastikan JDT mendahului 1-0 menerusi jaringannya selepas menewaskan penjaga gol Sri Pahang, Zarif Irfan Hashimuddin. 

Bersambung babak kedua, tuan rumah berusaha mencari gol penyamaan dan peluang terbaik hadir menerusi Baqiuddin Shamsudin tetapi bola rembatannya melepasi palang gol pada minit ke-58. 

Minit ke-69, Sri Pahang beraksi 10 pemain selepas pemain pertahanan, Mohamad Ezanie Mat Salleh dilayangkan kad merah selepas mengutip dua kad kuning oleh pengadil, Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah. JDT berjaya memanfaatkan kekurangan seorang pemain tuan rumah apabila berjaya menjaringkan gol kedua hasil sumbangan penyerang import, Bergson Gustavo pada masa kecederaan.

Sumber : Berita Harian

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS9

Photo by MFL

📊 KEDUDUKAN LIGA PREMIER – LP9

Photo by MFL

Perlawanan Seterusnya JDT Menentang Terengganu FC Pada 24 April 2021 10pm Stadium Sultan Ibrahim

 213 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?