JDT Menamakan Satu Kawasan Tempat Duduk Penonton Di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri

JDT namakan tempat duduk penonton sempena Figueroa

Johor Darul Ta’zim FC (JDT) menamakan satu kawasan tempat duduk penonton di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri bersempena pengurusnya, Luciano Figueroa, demikian disahkan kelab gergasi tanah air itu dalam satu kenyataan.

‘Luciano Figueroa Stand’ merupakan seksyen penyokong pertama yang diberikan nama di Stadium Sultan Ibrahim, yang mula beroperasi sejak Februari lalu. 

Kawasan tempat duduk penonton itu dirasmikan oleh pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim,

Figueroa menyertai JDT pada 2014 dan berkhidmat selama dua musim sebagai pemain, menjaringkan 43 gol dan 14 bantuan jaringan dalam 71 perlawanan.

Bekas pemain kebangsaan Argentina itu memenangi dua kejuaraan Liga Super (2014 dan 2015), Piala Sultan Ahmad Shah (2015) dan Piala AFC (2015) sebelum kembali sebagai duta kelab itu pada 2017. 

Dia kembali menyarung jersi JDT pada 2018 dan untuk memenangi satu lagi Piala Sultan Ahmad Shah dan trofi Liga Super sebelum dinamakan sebagai pengurus JDT pada Ogos 2018.

Sumber : Stadium Astro

PERASMIAN ‘LUCIANO FIGUEROA STAND’ DI STADIUM SULTAN IBRAHIM

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah merasmikan ‘Luciano Figueroa Stand’ di Stadium Sultan Ibrahim pada hari Selasa. Turut hadir bersama adalah Duta Besar Argentina ke Malaysia, H.E Manuel Balaguer Salas.

“Kelab ini akan sentiasa memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada orang yang berjasa dan mencipta sejarah kepada kelab,” titah DYAM Tunku Ismail.

Figueroa menyertai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pada tahun 2014 dan kekal selama dua musim sebagai pemain, menjaringkan 43 gol dan 14 bantuan jaringan dalam 71 perlawanan, sebelum menjadi Pengurus pada bulan Ogos 2018. Beliau juga pernah berkhidmat di JDT sebagai Duta Kelab pada tahun 2017.

Bekas pemain kebangsaan Argentina ini memenangi dua kejuaraan Liga Super Malaysia (2014 & 2015), Piala Sumbangsih 2015 dan Piala AFC 2015 sebagai pemain.

Figueroa juga berjaya memenangi dua lagi Piala Sumbangsih (2019 & 2020), Liga Super 2019 dan juga Piala Malaysia 2019 sebagai pengurus. Luaskan Kuasamu Johor.

Figueroa has also won two Charity Cups (2019 & 2020), 2019 Super League and 2019 Malaysia Cup to date as manager. Luaskan Kuasamu Johor.