JDT Melanjutkan Kontrak Para Pemain

JDT lanjut kontrak tonggak utama

JDT meraikan kejayaan menjuarai Liga Super 2020 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri Johor awal bulan ini. - Foto NSTP
JDT meraikan kejayaan menjuarai Liga Super 2020 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri Johor awal bulan ini. – Foto NSTP

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) mengambil langkah awal melanjutkan kontrak beberapa pemainnya bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pengumuman lanjutan kontrak itu dibuat menerusi laman rasmi kelab berkenaan, Johor Southern Tigers .

Pemain paling lama dalam skuad Harimau Selatan, Aidil Zafuan Abd Radzak antara yang hadir di ibu pejabat kelab dan majlis menandatangani kontrak disaksikan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim .

Antara pemain yang hadir di ibu pejabat kelab di Iskandar Puteri untuk urusan menandatangani kontrak adalah Aidil Zafuan Abd Radzak, Farizal Marlias, Gary Steven Robbat, Ahmad Hazwan Bakri, Nazmi Faiz Mansor dan Ahkyar Rashid.

Pemain meningkat naik Ramadhan Saifullah yang digilap dari skuad JDT II turut dilanjutkan kontrak bersama Muhammad Aiman Danish Azli Abdul Azim dan Muhamad Feroz Baharudin.

Selepas menjuarai liga buat kali ketujuh berturut-turut musim ini, skuad bimbingan Benjamin Mora bakal mengharungi kempen Piala Malaysia dan saingan Liga Juara-Juara Asia bagi Zon Timur di Qatar yang akan berlangsung dari 18 November hingga 13 Disember ini.

Sumber : Berita Harian

Hidup Johor Demi Johor

JDT MELANJUTKAN KONTRAK PARA PEMAIN

Komen Anda?