JDT Masih Kekalkan Rekod Tanpa Kalah Setelah Menewaskan KL, Menanti Dua Lagi Baki Perlawanan

2019 MALAYSIA SUPER LEAGUE | 13 JULY 2019

KL [0-4] JDT

(Gonzalo Cabrera 14′ / Diogo Luís Santo 28′, 70′ / Nazmi Faiz 61′)

KL ucap selamat tinggal Liga Super

KUALA LUMPUR: Pasukan Kuala Lumpur (KL) sah tersingkir ke Liga Perdana musim depan selepas tewas 0-4 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini, malam tadi.

Keputusan itu adalah kekalahan keenam skuad ibu kota sejak kali terakhir mengecap kemenangan ketika menumpaskan PKNP FC 4-1 pada 26 Mei lalu.

Terdahulu, ketika tuan rumah cuba memburu jaringan pembukaan, sebaliknya JDT lebih bernasib baik meraih gol pertama menerusi Gonzalo Cabrera pada minit ke-15.

Walaupun masih mampu mengatur serangan, tuah nyata tidak memihak kepada KL. Namun minit ke-28, berpunca daripada kesilapan benteng tuan rumah melakukan perangkap offsaid membuka peluang kepada Diogo Santo menambah gol kedua skuad Harimau Selatan.

Pada minit ke-54, bekas penyerang kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani mempersiakan peluang terbuka selepas rembatan menuju tepat kepada penjaga gol lawan, Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Seterusnya, JDT lebih menguasai permainan dan hasilnya, giliran Naz Faiz Mansor melakar nama selaku penjaring pada minit ke-61 sekali gus meletakkan tuan rumah makin tertekan.

Selamat sembilan minit, Diogo membuktikan nilainya cukup berharga buat JDT apabila menambah akaun jaringan peribadinya untuk meletakkan kedudukan 4-0.

Pada minit ke-80, Guilherme De Paula terus dihimpit kecewa. Kali ini tampanannya dalam kotak penalti melambung tinggi sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah JDT dalam saingan Liga Super musim ini.

Sumber : Berita Harian

KEDUDUKAN TERKINI PUSINGAN LS21 LIGA SUPER 2019

KEDUDUKAN TERKINI PUSINGAN LP21 LIGA PREMIER 2019

Baki Perlawanan Skuad Harimau Selatan

1. JDT MENENTANG PJ CITY FC (STADIUM TAN SRI DATO’ HAJI HASSAN YUNOS, LARKIN) 16 Julai

2. JDT MENENTANG TERENGGANU FC (STADIUM TAN SRI DATO’ HAJI HASSAN YUNOS, LARKIN) 19 Julai

Umum mengetahui, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah mengisytiharkan sambutan meraikan kejayaan terbilang sebagai juara keenam berturut-turut Liga Super Malaysia akan berlangsung pada 19 Julai 2019.

Jangkaan tarikh yang sama Harimau Selatan akan turun buat kali terakhir di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos pada musim ini untuk melayani kunjungan Terengganu FC. Para penyokong diseru supaya tidak melepaskan peluang untuk hadir bersama-sama memberi sokongan padu agar menjadi memorabilia indah penutup musim cemerlang JDT pada tahun 2019.

Facebook Comments