JDT Lancar Jersi Musim 2021

HADIAH DYAM TMJ UNTUK PENYOKONG JDT

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor akan menanggung sebahagian harga untuk salah satu jersi Nike JDT 2021 sebagai hadiah istimewa kepada penyokong bersempena dengan ulang tahun pertama Stadium Sultan Ibrahim dan sokongan penyokong yang tidak berbelah bahagi.

Harga jersi ‘Home’ dan ‘Away’ musim 2021 ini akan diumumkan sewaktu pelancaran jersi tersebut di kesemua laman media sosial JDT pada jam 5.45pm esok!

TMJ ‘belanja’ penyokong JDT

PETALING JAYA: Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi hadiah istimewa kepada penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila mengumumkan akan ‘menanggung’ sebahagian daripada harga jersi baharu Harimau Selatan yang bakal dilancarkan hari ini.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang juga pemilik JDT berkata, hadiah istimewa itu diberikan sempena ulang tahun pertama Stadium Sultan Ibrahim, selain tanda penghargaan kepada sokongan tidak berbelah bagi penyokong.

Katanya, harga jersi home dan away musim 2021 serta jumlah ‘diskaun’ istimewa yang akan diberikan bakal diumumkan dalam majlis pelancaran yang dilakukan pada pukul 5.45 petang ini.

Utusan Malaysia difahamkan, Tunku Ismail mungkin akan ‘menaja’ sebahagian daripada harga jersi awayJDT yang dikeluarkan oleh jenama sukan antarabangsa Nike.

Kemungkinan, jersi kali ini juga ditawarkan pada harga sama seperti tahun lalu iaitu RM185 sehelai.

Musim lalu, JDT melakar sejarah apabila 7,000 jersi terjual, sekali gus membolehkan mereka menikmati RM1.29 juta hasil penjualan.

Berita Tunku Ismail mahu menanggung sebahagian harga jersi JDT disambut baik oleh penyokong yang rata-rata tidak sabar untuk menunggu hari pelancaran.

“Alhamdullilah ..Terbaik TMJ Luaskan kuasamu Johor,” tulis pemilik akaun Asri Coo dalam Facebook Johor Southern Tigers.

Thank You Tunku. Keprihatinan dan kemurahan hati Tunku hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya.. kepada ponyokong JDT marilah bersama-sama support serta membeli jersi yang original demi pasukan kita,” kata Az Rizzam.

“Kalau ikutkan harga jersi original Nike lebih kurang RM300 tapi jersi JDT kurang dari RM200,” tulis Sarifuddin Hasani.

JDT yang memegang reputasi selaku juara Liga Super tujuh musim berturut-turut akan merasmikan Liga Malaysia (Liga M) musim ini dengan menentang Kedah dalam aksi Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim pada 5 Mac.

Sumber : Utusan Malaysia

JDT 2021 NIKE AWAY KIT

Photo by JOHOR Southern Tigers

JDT 2021 NIKE HOME KIT

Photo by JOHOR Southern Tigers

MAKLUMAT HARGA DAN JUALAN JERSI NIKE JDT 2021 ‘HOME’ DAN ‘AWAY’

Jersi Nike 2021 ‘Home’ dan ‘Away’ Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan mula dijual di JDT Online Store dan Penjual Rasmi bermula jam 11.00 pagi esok!

Jersi Nike 2021 JDT akan menyaksikan jersi ‘Away PLAYER VERSION’ dijual buat pertama kali dan pada harga yang berbaloi kerana DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor akan menanggung sebahagian harga jersi tersebut sebagai tanda penghargaan atas sokongan tidak berbelah bahagi penyokong.

Jersi ‘Away’ dipilih sebagai hadiah istimewa kerana warna jersi itu melambangkan Stadium Sultan Ibrahim bersempena ulang tahun pertama stadium itu.

Harga sebenar jersi ‘Away PLAYER VERSION’ ini adalah RM429 tetapi akan dijual pada harga RM185, sama dengan harga jersi ‘Home FAN VERSION’. DYAM Tunku Ismail akan menanggung lebihan kos jualan jersi ‘Away’ yang dijual.

Jersi ‘Away’ ini akan dijual secara eksklusif di http://store.johorsoutherntigers.com.my manakala jersi ‘Home’ pula akan dijual di Nike.com dan juga JDT. Luaskan Kuasamu Johor.

 36 Total Views,  2 Views Today

Komen Anda?