JDT Lakar Kemenangan Ke Atas PJ City FC

Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin hampir meraih kejuaraan liga buat kali kelapan berturut-turut selepas menewaskan PJ City FC 2-0 dan ia kemenangan kelima berturut-turut pada aksi Liga Super di Stadium MBPJ, sebentar tadi.

Kemenangan itu dibantu gol hasil Bergson Dal Silva & Sumareh pada babak pertama dan kedua. Bergson kini muncul sebagai penjaring terbanyak kedua liga selepas meledak 20 gol dan memastikan JDT berjaya mengumpul 48 mata berbaki tiga perlawanan.

Mengikut perkiraan matematik, skuad Harimau Selatan itu hanya memerlukan tiga mata daripada tiga baki aksi bagi mempertahankan trofi itu musim ini.

JDT jelas menguasai permainan dan beberapa kali mengancam kubu pertahanan tuan rumah menerusi percubaan Bergson da Silva yang tersasar (m-12) dan rembatan Leandro Velazquez yang dihalang Raffi Nagoorgani (m-17).

Namun pertahanan kental PJ City FC akhirnya bocor pada minit ke-26 apabila gerakan lincah Arif Aiman Hanapi berjaya melepasi kawalan beberapa pemain PJ City FC dan hantarannya disudahkan Bergson.

Separuh Masa Kedua

Berbaki lapan minit, Mohamadou Sumareh menyudahkan hantaran Akhyar Rashid untuk gol kedua pelawat sekali gus membawa pulang mata penuh.

Selepas ini, PJ City FC akan melayan kunjungan Kedah Darul Aman (KDA) pada Rabu dan kemudiannya bertemu Penang FC pada Ahad manakala JDT pula akan menentang Sri Pahang FC di laman sendiri, Jumaat ini.

⚽️ PENJARING TERBANYAK LIGA SUPER 2021

Ifedayo Omosuyi 🟥🟨 22 Gol


Bergson da Silva 🟦🟥 20 Gol

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS19

📊 KEDUDUKAN LIGA PREMIER – LP19

Next Game JDT #LS20 ⚽❤️💙

🏆 | LIGA SUPER 2021
⚽️ | JDT VS SRI PAHANG FC
📆 | 27 OGOS 2021 (JUMAAT)
⏰ | 9.00 MALAM
🏟 | STADIUM SULTAN IBRAHIM

Komen Anda?